Berita Harian

Cedera ketika latihan payung terjun

-

Taiping: Seorang anggota polis yang sedang menjalani latihan payung terjun cedera akibat terjatuh di atas bumbung sebuah rumah di Jalan Laksamana, Assam Kumbang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Koperal Mohamad Rozali Jusoh, 33, dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, dipercayai pengsan ketika melakukan penerjunan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Rafeel Hairul Richard, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 11.03 pagi dan bergegas ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang anggota polis yang lengkap berpayung terjun berada di rumah setingkat milik penduduk kampung berkenaan.

Cedera bahagian muka

“Anggota kami kemudian bertindak menurunkan mangsa dari bumbung rumah menggunaka­n peralatan khas sebelum diserahkan kepada petugas perubatan hospital untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kini dirawat di Hospital Taiping,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA ] ?? Anggota bomba menyelamat­kan polis yang cedera.
[ FOTO IHSAN BOMBA ] Anggota bomba menyelamat­kan polis yang cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia