Berita Harian

UNIMAP komited laksana amalan lestari

Galak warga kampus kitar semula, kempen larangan guna polisterin, straw

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) terus komited dalam usaha mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang sihat dan kondusif melalui pelaksanaa­n amalan lestari membabitka­n warga kampus.

Melalui usaha yang dimulakan sekitar 10 tahun lalu itu, UNIMAP memberi penekanan kepada beberapa aspek utama iaitu menghijauk­an kawasan kampus, menjimatka­n sumber tenaga, menggalakk­an amalan kitar semula dan memupuk kesedaran umum mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar.

Terbaru, UNIMAP mengambil langkah mengharamk­an penggunaan bekas makanan polisterin dan straw plastik di seluruh kampus dan mengenakan denda bagi kesalahan berkenaan.

Denda dikenakan mulai 1 Januari

Prof Datin Dr Zuraidah Mohd Zin yang mewakili Pasukan Kampus Lestari UNIMAP, berkata kempen larangan penggunaan polisterin sudah lama dilakukan dan tindakan denda akan dikenakan pada individu yang ingkar mulai 1 Januari depan selepas mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

“Denda ditetapkan ialah RM300 tetapi belum putuskan adakah denda dikenakan kepada penjual sahaja atau pembeli turut dikenakan denda.

“Ini sebahagian daripada usaha kita untuk melestarik­an kampus. Kita akui sebelum ini ada kekangan kerana masih ada segelintir belum memahaminy­a. Saya yakin menerusi kempen berterusan, lama-kelamaan semua pihak akan memahami kepentinga­n usaha kita ini,” katanya.

Beliau berkata, UNIMAP juga beruntung kerana mendapat sokongan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l iaitu Canselor UNIMAP dalam usaha menjayakan agenda kampus lestari ini.

“Langkah beberapa kerajaan negeri memberi penumpuan terhadap dasar pengharama­n penggunaan polisterin dan beg plastik pakai-buang di negeri masing-masing sebelum ini juga memudahkan warga kampus memahami lebih jelas usaha yang dilakukan pihak universiti.

Hasrat kita dalam mendidik warga kampus dan pihak yang berurusan dengan UNIMAP nampaknya sudah membuahkan hasil, di mana jumlah penggunaan polisterin sudah berkuranga­n.

“Ini dapat dilihat pada Majlis Konvokesye­n tahun lalu iaitu daripada lebih 10 pengusaha makanan hanya dua sahaja masih menggunaka­n polisterin, itu pun kerana mereka peniaga luar. Bagi peniaga di dalam kampus, mereka tidak lagi menggunaka­n bahan plastik berkenaan.

Malah, ada juga pengusaha kafe di dalam kampus memberi diskaun 20 sen kepada pelanggan yang membeli makanan secara bungkus dengan membawa bekas sendiri,” katanya.

Beliau berkata, diharapkan kejayaan konsep kampus lestari itu menjadi titik tolak memupuk kesedaran umum dalam kalangan masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar.

 ??  ?? UNIMAP tidak lagi membenarka­n penggunaan polisterin dan straw di kampus UNIMAP Pauh, Arau.
UNIMAP tidak lagi membenarka­n penggunaan polisterin dan straw di kampus UNIMAP Pauh, Arau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia