Berita Harian

Paras sungai naik punca terkandas dalam hutan

-

Kuala Kubu Bharu: Serangan hypo kesejukan, selain paras sungai naik mendadak menjadi punca 35 individu yang menyertai program bina semangat terkandas dalam hutan sehingga awal pagi semalam.

Difahamkan, seorang daripada peserta wanita berusia 23 tahun yang menyertai aktiviti tubing tibatiba lemas dan pengsan mendadak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian itu menyebabka­n aktiviti berkenaan dihentikan serta-merta dan semua mangsa berkumpul di tepi sungai sebelum terkandas berikutan air sungai naik mendadak serta deras susulan hujan lebat petang kelmarin.

Katanya, mangsa membabitka­n 32 kakitangan syarikat di bawah fakulti Kejurutera­an Kimia Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, selain tiga fasilitato­r aktiviti luar.

“Semua mangsa dalam keadaan keletihan ditemui anggota bomba yang menjalanka­n operasi mencari serta menyelamat (SAR) selepas menerima laporan kehilangan mereka.

Tempuh tiga anak sungai

“Seramai 22 anggota penyelamat kemudian berusaha membawa mangsa keluar dari lokasi seawal jam 4 pagi tadi (semalam). Sebanyak tiga anak sungai terpaksa ditempuh untuk membawa mereka keluar dan operasi hanya akan dilakukan sebaik saja arus sungai yang deras sedikit surut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, semua mangsa ditemui dalam jarak dua kilometer dari kawasan dipercayai tempat permulaan aktiviti jelajah hutan itu.

“Ia mengambil masa lebih satu jam berjalan kaki menempuh hutan untuk sampai ke kawasan mereka ditemui, selain melalui beberapa titi balak untuk sampai ke situ.

“Jadi, anggota penyelamat tidak mahu mengambil risiko membawa mereka keluar tengah malam tadi (kelmarin),” katanya.

 ??  ?? Anggota bomba membantu menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap dalam hutan ketika melakukan aktiviti jelajah hutan di Tanjung Malim, Perak, semalam.
Anggota bomba membantu menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap dalam hutan ketika melakukan aktiviti jelajah hutan di Tanjung Malim, Perak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia