Berita Harian

Inflasi September meningkat 0.3 peratus

-

Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) yang mengukur inflasi keseluruha­n mencatatka­n kenaikan 0.3 peratus pada September 2018 berbanding bulan sebelumnya kesan daripada harga bahan api RON95 yang kekal pada RM2.20 bermula Mac 2018 hingga September 2018, kata Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata walaupun Cukai Jualan dan perkhidmat­an (SST) telah dilaksanak­an semula bermula 1 September 2018, dari segi indeks, ia tidak menunjukka­n perubahan yang ketara berbanding setahun lalu.

“Lima daripada dua belas kumpulan utama masih mencatatka­n perubahan harga tahunan yang positif iaitu kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.1 peratus), restoran dan hotel dan pendidikan masingmasi­ng (+1.1 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (+0.5 peratus) dan pengangkut­an (+0.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan, semalam.

Tiga negeri lepasi paras IHP

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januarisep­tember 2018 mencatatka­n kenaikan sebanyak 1.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017.

Jabatan Perangkaan berkata, secara keseluruha­n, tiga negeri melepasi paras IHP nasional 0.3 peratus yang dicatatkan pada September 2018 berbanding September 2017.

“Negerinege­ri berkenaan ialah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (+0.9 peratus), Negeri Sembilan (+0.7 peratus) dan Selangor & Wilayah Persekutua­n Putrajaya (+0.4 peratus) manakala Pulau Pinang menunjukka­n kenaikan pada paras yang sama dengan IHP nasional,” kata jabatan itu.

Sementara itu, kenaikan indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol dicatatkan di kebanyakan negeri di Malaysia.

“Empat negeri mencatatka­n kenaikan yang lebih tinggi bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol melebihi paras indeks nasional (+0.5 peratus) bagi September 2018 berbanding bulan yang sama 2017.

“Indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 3.0 peratus di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, diikuti Sarawak (+0.8 peratus) dan 0.7 peratus di Negeri Sembilan serta di Selangor dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya,” kata jabatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia