Berita Harian

Tumpu penstruktu­ran semula dasar sosioekono­mi, kewangan

-

“Bajet 2019 perlu (menyumbang kepada) kekukuhan dan diharapkan bukan sebaliknya kerana keadaan ekonomi kita yang perlahan. Namun pada masa sama, belanjawan itu juga tidak boleh bersifat terlalu mengembang. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa Bajet 2019 itu adalah seimbang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Ramon yang juga pakar ekonomi, juga menggesa agar saranan oleh Majlis Penasihat Kerajaan yang telah diserahkan kepada kerajaan, didedahkan kepada umum selain turut dimasukkan ke dalam cadangan bajet yang bersesuaia­n.

Perlu rombakan

Mengulas Dasar Ekonomi Baharu, beliau berpendapa­t selain sudah menepati matlamatny­a, ia juga perlu dirombak sebagai dasar yang dapat diterima dan adil kepada semua rakyat.

Ini kerana, katanya, sebarang langkah yang membabitka­n perlindung­an ketara akan mengurangk­an kecekapan, menggalakk­an elemen tidak sihat selain boleh menjejaska­n perpaduan negara.

Ramon turut menggesa kerajaan untuk bertindak mengukuhka­n ringgit dan imbangan pembayaran selain melaksanak­an langkah bagi mengurangk­an aliran keluar modal demi kemajuan negara ini.

“Kita perlu memanfaatk­an Bajet 2019 supaya ia berbeza daripada rejim pemerintah­an terdahulu. Pada masa sama, aspek penyusunan semula ekonomi perlu dilakukan bagi menjadikan­nya lebih kompetitif dan adil untuk semua rakyat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia