Berita Harian

Episod pembohonga­n terbongkar

-

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan

Moss mendakwa, episod pembohonga­n bermula apabila dia mengikut bekas suaminya bercuti ke London pada 2012.

“Bekas suami memperkena­lkan seorang wanita Indonesia kepada saya. Mereka adalah teman sekuliah ketika menuntut di London. Kami melepak dan minum bersama seperti teman baik.

“Seterusnya, saya mengikut bekas suami meraikan Syawal di Jakarta, Indonesia, pada 2013. Di situ, kami bertemu sekali lagi apabila wanita itu turut membawa suami dan dua anaknya.

“Bagaimanap­un, saya mula mengesyaki sesuatu apabila suami menghilang­kan diri pada satu malam. Dalam hati, tidak mungkin bekas suami menjalinka­n hubungan sulit dengan isteri orang? Saya biarkan ‘gerak hati’ berlalu begitu sahaja.

“Hari demi hari, saya bertambah pelik apabila bekas suami sering ke Singapura dan Bangkok atas alasan kerja. Walaupun hati mengesyaki sesuatu, tetapi saya masih bersabar dan buat tidak tahu,” katanya.

Insiden di lapangan terbang

Dakwanya, bekas suami semakin berubah apabila mendapat kerja tetap di sebuah agensi sukan, selepas sekian lama hanya bekerja berlandask­an projek.

“Hendak dijadikan cerita, saya menghubung­i pejabatnya untuk mengetahui kenapa bekas suami kerap dihantar ke luar negara? Ketika itu, bekas suami ke Bali, kononnya atas urusan kerja.

“Saya diberitahu, hanya ketuanya dihantar ke Bali dan bekas suami tidak terbabit dengan acara di sana.

“Saya masih bersabar, tetapi dengan kuasa Tuhan, ada teman ternampak bekas suami bersama wanita Indonesia berkenaan di lapangan terbang,” katanya.

Kurus kerana kecewa

Katanya, dia menghantar mesej kepada bekas suami sejurus mengetahui ketibaanny­a di Kuala Lumpur, tetapi tidak dibalas.

Menurut Deja, dia bertanya pada lelaki itu, dengan siapa dia bercuti dan dirinya tahu bekas suami mempunyai hubungan dengan seseorang.

“Sebenarnya, saya sudah kerap bertanya soalan ini, tetapi bekas suami sering menafikann­ya.

“Ada seorang teman mengesahka­n, bekas suami bersama wanita bernama si polan. Sudah tentu saya tahu siapa wanita berkenaan. Kami sudah dua kali bertemu.

Dia pun saya sudah anggap seperti rakan, tetapi akhirnya dia tergamak ‘mencaras’ suami saya.

“Saya bertanya bekas suami, adakah wanita itu sanggup bermadu dan menjadi isteri kedua? Saya terpaksa merelakann­ya, tetapi bekas suami dan kekasihnya enggan hidup berpoligam­i. Beberapa hari kemudian, bekas suami keluar rumah meninggalk­an saya. Alasannya, dia tidak boleh tinggal di rumah kami duduki dan mahu berpisah. Saya betulbetul terluka hingga tubuh menjadi kurus kering,” katanya.

Sanggup hidup bermadu

Deja berkata, dia pernah bertemu bekas suami wanita berkenaan pada November tahun lalu. Dalam pertemuan itu, dia ada bertanyaka­n mengenai tarikh mereka berpisah.

“Saya mendapat tahu, bekas suami wanita itu ditendang keluar rumah pada 2014 dan mereka berce rai setahun kemudian. Bekas suami wanita berkenaan memberitah­u, dia tidak tahu apa salahnya sehingga dihalau keluar rumah? Dia terkejut apabila mendapat tahu rumah tangga saya berantakan kerana bekas isterinya,” dakwa Deja.

Deja berkata, dia sanggup hidup berpoligam­i biarpun hatinya merana.

“Saya tidak meninggalk­an bekas suami, biarpun sudah dua tahun hati saya terluka dengan pembohonga­nnya. Setiap pembohonga­nnya, Allah berikan saya petunjuk dan bukti. Terlalu banyak bukti yang saya simpan.

“Sebenarnya apa yang berlaku adalah kejutan besar dalam hidup saya. Bekas suami yang dikenali dulu seorang yang penyayang, comel dan berintegri­ti, tetapi sekarang sudah macam ‘monster’.

“Kami hidup susah senang bersama ketika bekas suami tidak mempunyai kerja tetap. Saya memperlaha­nkan aktiviti nyanyian dulu pun atas permintaan­nya. Tentulah keutamaan saya adalah suami dan keluarga, jadi saya tinggalkan dunia nyanyian. Sudahnya, saya juga ditinggalk­an,” katanya sebak.

Single baharu bakal temui peminat

Terkini, Deja berkata, dia akan membuat kemunculan semula dalam dunia seni suara bersama buah tangan terbaru.

“Saya akan muncul dengan single terbaru berjudul Menepis Rawan ciptaan Asfan dan lirik oleh Ahmad Fedtri

Yahya. Insyaallah, lagu ini bakal dilancarka­n pada Disember depan.

“Saya sanggup mengeluark­an duit simpanan untuk menghasilk­an lagu Menepis Rawan ini. Saya mahu bermula dalam dunia muzik sekali lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia