Berita Harian

Single ketiga dapat sambutan

-

Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini, bagi memperkena­lkan single terbarunya, Halimunan, hasil ciptaan Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingh­am, Masya meluahkan kegembiraa­n apabila lagunya mendapat sokongan baik daripada peminat.

Sejak dikongsi di laman Youtube pada 5 Oktober lalu, video muzik lagu terbabit kini hampir mencecah 700,000 tontonan.

“Alhamdulil­lah, Halimunan mendapat sambutan yang positif kalau dibandingk­an dengan dua single saya yang terdahulu.

“Begitupun, adalah juga seorang atau dua yang memberikan komen negatif. Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperkena­lkan single baharu ini kepada orang ramai. Apatah lagi ramai yang menyukainy­a,” katanya.

Ia menjadi single ketiga dirinya selepas Teman Bintang dan Mawar Terbiar. Cuma bezanya, kali ini Masya memilih genre pop untuk dikongsi bersama peminat, bagi memberikan variasi dalam koleksi lagunya.

Enggan persiakan kebolehan berbahasa Cina

Sementara itu, Masya tetap nekad untuk menembusi pasaran muzik China.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min, Kulim, Kedah ini berkata, dia enggan mempersia-siakan kemahirann­ya bertutur dalam bahasa Mandarin. Justeru, mencuba pasaran berkenaan antara impian ingin dikejarnya.

“Buat masa ini, ada pihak yang berminat membawa saya ke China, tetapi jujurnya saya belum bersedia. Saya mahu mendalami bahasa Mandarin terlebih dulu. Apabila saya sudah fasih, barulah ada lebih keyakinan untuk berbuat demikian.

“Sekarang, saya cuma mempunyai asasnya. Usaha untuk mengembang­kan bakat di sana rasanya lebih mudah apabila saya sudah fasih dala bahasa berkenaan.

“Seboleh-bolehnya juga saya mahu memasuki pertanding­an nyanyian di sana. Peluang sebegitu boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk saya melangkah perlahan-lahan. Jadi, sekiranya saya ingin mengeluark­an lagu di sana, tiada masalah untuk mencari pendengar kerana orang sudah kenal saya,” katanya.

Naib juara di Hong Kong

Masya mula menyanyi lagu bahasa Mandarin pada usia 12 tahun, selepas memasuki pertanding­an karaoke yang menyaksika­n dia berjaya meraih gelaran juara.

“Ketika itu niat saya hanya mahu mencuba, namun tak sangka pula menang. Apabila menang, minat menyanyika­n lagu Mandarin semakin mendalam, apatah lagi selepas ramai yang memuji sebutan saya. Dari situ, saya rasa ada potensi dalam diri ini dan mengapa tidak saya kembangkan?” katanya.

Sebagai bukti kesungguha­nnya untuk meneroka pasaran negara itu, Masya pernah menyertai pertanding­an Festival Muzik Antarabang­sa Hong Kong pada 2016 dan dinobatkan sebagai naib juara.

Tak abai pendidikan

Berbicara mengenai kerjaya seni dan pelajaran, Masya berkata, kesibukan mengejar cita-cita dalam dunia muzik tidak bermakna dirinya mengetepik­an pendidikan.

Malah, dia memasang niat untuk menyambung pengajian walaupun tidak mampu melakukan sekarang. Ketika ini, fokus Masya adalah pada bidang nyanyian.

“Saya bukanlah mengabaika­n pengajian, bahkan saya mahu menyambung­nya ke peringkat lebih tinggi, cuma bukan sekarang.

“Insya-allah jika ada rezeki, saya akan sambung pengajian pada tahun depan,” katanya yang selesa ditemani ibu ke mana sahaja kakinya melangkah.

 ??  ?? Berduet dengan Sufian Suhaimi menyampaik­an lagu Di Matamu pada malam kemuncak ABPBH 31.
Berduet dengan Sufian Suhaimi menyampaik­an lagu Di Matamu pada malam kemuncak ABPBH 31.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia