Berita Harian

Cuba irama lebih rancak

-

Bercerita mengenai single terbaru mereka, Kau Pilih Dia, ia mengetenga­hkan konsep agak berbeza daripada lagu pertama kumpulan terbabit.

“Sekiranya Jelmaan berentak perlahan,

pula karya yang lebih rancak. Kali ini kami membawakan konsep pop rock, bersesuaia­n dengan imej kami sebagai sebuah kumpulan.

“Kalau diamati selera pendengar masa kini, mereka lebih cenderung kepada lagu rancak.

Jadi, kami mahu mencuba dengan karya sebegitu. Mana tahu ia mendapat sambutan yang baik?” kata Afiq.

Selepas kira-kira seminggu video muzik video lagu berkenaan dikongsi di Youtube, mereka nyata berpuas hati dengan sambutan yang diterima.

“Dalam empat hari, jumlah tontonan mencecah 140,000 kali. Ia sudah dikira baik buat kami. Harapan kami, jumlah itu akan terus meningkat dari hari ke hari.

“Meskipun kebanyakan pendengar cuba membanding­kan vokalis lama dengan yang baharu, namun ia tidak membantutk­an sokongan terhadap lagu ini,” katanya lagi.

Ingin berjaya seperti Projector Band

Menjadikan kumpulan seperti Projector Band dan Floor 88 sebagai rujukan, mereka turut memasang impian untuk berjaya seperti mereka.

Malah, masing-masing percaya rezeki akan tetap menyebelah­i kumpulan terbabit.

“Peminat mempunyai cita rasa yang berbeza-beza. Kami pula yakin dengan kehadiran Dadilia yang dirasakan mampu memberi kepelbagai­an dalam industri muzik tanah air.

“Tidak dinafikan, kami masih baharu dan banyak lagi ruang untuk kami perbaiki. Terima kasih kepada peminat yang setia menyokong kami, sejak kemunculan single pertama lagi,” kata Afiq.

Bernaung di bawah syarikat rakaman Aries Music, mereka juga berasakan Dadilia amat bertuah kerana disokong pihak pengurusan yang banyak memberikan dorongan dalam memastikan kejayaan kumpulan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia