Berita Harian

Malar segar

-

memang cantik. Apabila anak sudah besar, barulah saya menyanyi semula,” katanya.

Ku Masih jadi pilihan

Haslinda menganggap peluang membabitka­n diri dalam album adalah rezeki yang terpijak.

Ia bermula apabila dirinya menyertai majlis kedua di Johor Bahru pada Mac lalu.

“Saya sekadar menyertai Jejak Santai Artis 90-an ketika mengunjung­i penyanyi,

Aida Agil, di kediamanny­a di Johor Bahru. Saya tidak hadir pada majlis pertama yang diadakan di ibu kota.

“Ketika berada di Johor Bahru itulah penyanyi, Mac Rahayu, mendapat panggilan komposer, Rosli Ahmad, yang mahu menaja album ini. Alhamdulil­lah, saya antara penyanyi awal yang terpilih.

“Saya sudah menyiapkan rakaman lagu ciptaan dan lirik oleh komposer baharu, Nuridzuan

Zaizi, pada Ramadan lalu.

Kini, kami hanya menunggu album ini dilancarka­n tidak lama lagi,” katanya.

Dua minggu persediaan

Penyanyi ini berkata, dia melakukan persediaan selama dua minggu sebelum masuk ke studio rakaman.

“Sungguhpun sudah lama tidak memasuki studio rakaman, tetapi saya sudah tahu persediaan yang harus dilakukan. Saya diberi beberapa lagu, tetapi saya pilih Ku Masih kerana ia berentak 90-an yang dipermoden­kan.

“Saya sukakan lagu ini kerana ia mampu mengimbau kenangan tahun 1990-an. Saya tidak nafikan, terlalu banyak lagu popular pada tahun berkenaan,” katanya yang mengaku kembali menyanyi sekadar untuk mengubat rindu. Solekan & Dandanan: Riza By Muara (Instagram: @rizaaziz66)

 ??  ?? Lima Suara Artis 90-an reunion Ku Masih
Lima Suara Artis 90-an reunion Ku Masih
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia