Berita Harian

Tasha bercinta dengan jurulatih bola sepak?

-

Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 itu kacau-bilau.

Bagaimanap­un, episod hitam yang berlaku bagaikan peringatan buat Tasha hingga akhirnya terpaksa menghilang­kan diri lebih setahun dari radar dunia hiburan, bagi meredakan keadaan. Hari ini, Tasha bukan lagi gadis liar yang kita lihat dulu.

Tasha sudah lama kembali dengan semangat baharu, selepas melupakan sejarah hitam sepanjang 2015 yang terlalu merobek hati.

Raja dengar, Tasha kini diulit bahagia apabila bercinta dengan seorang lelaki Inggeris kacak dan berbadan ‘sado’.

Khabarnya, lelaki berkenaan adalah jurulatih bola sepak sebuah pasukan di luar negara. Patutlah

Tasha kerap bercuti ke luar negara sekarang!

Ada sumber memberitah­u, telefon bimbit tidak berenggang daripada tangannya setiap masa. Sesekali, ada teman mengintai Tasha berbual melalui panggilan video dengan kekasihnya itu.

Beberapa bulan lalu, ada peminat ternampak Tasha dan kekasihnya melepak di sebuah restoran di Jalan Ampang. Mereka kelihatan begitu bahagia sambil berbual mesra dan bergelak ketawa.

Bagaimanap­un, jika ditanya pada Tasha, pelakon kelahiran Ampang, Selangor, itu enggan membuka mulut berkongsi kisah cinta lagi. Baginya, cukuplah dulu kisah cintanya yang penuh sensasi menjadi tatapan umum.

Baru kenal

Bertemu Tasha tidak lama dulu, dia mengakui dirinya sedang berkawan dengan seseorang. Namun, dia menegaskan ingin bersahabat terlebih dulu.

“Hubungan saya dan dia pun bukannya pada tahap serius. Lagi pun, kami baru sahaja saling mengenali, sejak beberapa bulan lalu.

“Selagi belum ada ikatan sah, saya percaya apa pun boleh berlaku. Pengalaman silam mengajar saya, soal peribadi eloklah disimpan dulu. Saya tidak akan berahsia sekiranya menerima pinangan nanti,” katanya.

Tasha beritahu, dulu dirinya mengharapk­an perhubunga­n cinta berakhir di jenjang pelamin. Apabila kecundang, dia bagaikan separuh gila.

“Kini, saya sudah melepasi tahap berharap pada cinta lelaki. Saya tidak lagi mencari dan meletakkan sasaran mahu berkahwin.

“Bohonglah jika saya katakan tiada lelaki hadir dalam hidup ketika ini, tetapi selagi rombongan merisik atau meminang belum diterima, saya anggap ia bukan jodoh saya,” katanya.

Baguslah Tasha, kenal hati budi dulu. Carilah lelaki yang ikhlas mencintaim­u. Jangan pisang berbuah dua kali!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia