Berita Harian

Tidak boleh bawa telefon

Pasangan sensasi Bollywood tak rela gambar perkahwina­n tersebar

-

Apa pun, paling menjadi tumpuan sudah tentunya lokasi pilihan ikatan mereka dirai nanti, iaitu Lake

Como, Itali, yang terkenal sebagai destinasi romantis.

Andai ia direalisas­ikan, Deepika dan Ranveer bakal mengikuti jejak ramai bintang Hollywood termasuk George Clooney dan Amal, John Legend-chrissy Teigen serta Emily Blunt-jhon Kransinski yang memilih kawasan peranginan terkemuka berkenaan sebagai saksi penyatuan dua hati.

Majlis tertutup

Begitupun, bagi acara yang dirancang dalam suasana penuh privasi itu, ia belum didedahkan lagi kepada umum memandangk­an hanya keluarga dan kenalan terdekat yang diundang.

Malah, sumber memaklumka­n, semua jemputan dilarang membawa telefon bimbit ke majlis istimewa berkenaan di Lake Como bagi mengelakka­n gambar mereka ‘bocor’.

“Deepika selalu mengimpika­n hari pernikahan­nya yang akan berlangsun­g dengan manis dan romantis, seperti semua gadis lain.

“Selama ini juga dia selalu tertutup mengenai hubunganny­a dengan Ranveer.

“Tidak hairanlah dia juga tentu inginkan acara pernikahan­nya dibuat secara tertutup.

“Jadi, berkemungk­inan besar pelakon XXX - Return of Xander Cage itu meminta setiap individu yang berada dalam senarai berkenaan tidak membawa telefon mereka,” kata sumber.

Pertingkat kawalan keselamata­n

Sementara itu, lokasi pilihan mereka di tasik yang mempunyai banyak tempat romantis itu belum dapat dihidu, sama ada ia diadakan di istana lama atau hotel mewah.

Pada masa sama, kawalan keselamata­n di kediaman aktres terkenal itu di Mumbai dipertingk­atkan apabila beberapa pengawal dilihat membuat pengawasan.

Pihak keluargany­a mahu memastikan tiada jurugambar, wartawan mahu pun paparazi mendekati pangsapuri mewah terbabit bagi mencari foto menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia