Berita Harian

SP Setia rasmi pembinaan menara di Melbourne

Sapphire By The Gardens bernilai RM2.8B dijangka siap hujung 2021

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

SP Setia Bhd (SP Setia) merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan projek menara berkembar, Sapphire By The Gardens di Melbourne, Australia yang dibangunka­n dengan nilai pembanguna­n kasar mencecah A$960 juta (RM2.8 bilion).

Projek terbabit akan dimulakan pada tahun ini dan ia dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2021.

Pengerusin­ya, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, berkata ia adalah projek hartanah kediaman yang kini mempunyai kadar pengambila­n sehingga 95 peratus.

Beliau berkata, Sapphire By The Gardens terletak di 380 Exhibition Street, Victoria itu mempunyai 345 unit kediaman, 500 bilik di Shangri-la Hotel yang berada di sebelahnya jambatan di tingkat 45 dan 46 dengan kemudahan lima bintang.

Malah, katanya, ia juga berada berhampira­n dengan restoran premium, kafe, teater, Chinatown, RMIT dan Melbourne University.

Sebagai gerbang ke bandar

“Pembinaan menara berkembar ini begitu menarik kerana ia turut menjadikan­nya sebagai gerbang ke bandar melalui Taman Warisan Dunia Carlton.

“Malah, kami mempunyai kehadiran di Melbourne sejak penghujung 2010 lagi yang mana bandar ini memberi inspirasi untuk syarikat terus berkongsi komitmen dalam membina hartanah berkualiti dan lebih mampan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Antara kemudahan yang terdapat pada projek berkenaan termasukla­h gimnasium, dewan utama, restoran, kelab, podium parkir kenderaan, ruang komersial serta plaza dan arked awam.

Selain itu, Sapphire By The Gardens itu turut mempunyai akses kepada pengangkut­an awam seperti tram dan bas berdekatan Stesen Tren Parliament yang juga mempunyai kemudahan ke lebuh raya utama.

Wan Mohd Zahid berkata, seunit penthouse bagi projek itu berharga sekitar A$550,000 sehingga A$29 juta manakala bagi unit terhad pula sekitar A$1.5 juta hingga A$3 juta.

“Antara sasaran pembeli kami termasukla­h keluarga dan pasangan muda dan mereka yang memilih untuk menetap atau kerap melawat ke Melbourne,” katanya.

 ??  ?? Projek Sapphire by The Gardens di lokasi strategik.
Projek Sapphire by The Gardens di lokasi strategik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia