Berita Harian

Pemegang kad Mesra diunjur meningkat

Sasaran peningkata­n dua peratus disokong Kempen Mesra Bonanza

-

Katanya, kempen berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan lebih lima juta penyertaan diterima bagi tempoh April hingga September lalu.

“Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk membalas balik kepercayaa­n pelanggan terhadap jenama kami.

“Memandangk­an sambutan baik yang diterima, kami akan terus menjalanka­n kempen yang menarik untuk tahun depan bagi memastikan pelanggan diberi ganjaran yang bermakna,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaia­n hadiah pusingan kedua kempen Mesra Bonanza di Kuala Lumpur, semalam.

Hadiah menarik

Pada majlis berkenaan, tiga pemenang bertuah terpilih untuk menyaksika­n acara Formula Satu (F1) secara langsung di Abu Dhabi.

Selain itu, 10 lagi pemenang membawa pulang pakej percutian bernilai RM20,000 dan tiga pemenang lain membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Kempen yang berlangsun­g dari 16 April hingga 31 Disember itu menawarkan 165 hadiah bulanan dan 44 hadiah utama untuk tiga pusingan.

Antara hadiah bulanan yang diberikan termasuk telefon pintar Samsung S9, Gopro Hero6 Black serta mata ganjaran Mesra bernilai RM1,000.

Sementara itu, Syed Zainal berkata pihaknya juga komited untuk menambahba­ik tawaran yang disediakan di kedai Mesra PETRONAS.

“Kami ingin memastikan pelanggan kami merasai pengalaman yang lebih baik apabila berurusan di stesen kami,” katanya.

 ?? [ FOTO /MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH ] ?? Syed Zainal Abidin (tengah) bersama pemenang pada majlis penyampaia­n hadiah pusingan kedua kempen Mesra Bonanza di Kuala Lumpur, semalam, KLCC.
[ FOTO /MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH ] Syed Zainal Abidin (tengah) bersama pemenang pada majlis penyampaia­n hadiah pusingan kedua kempen Mesra Bonanza di Kuala Lumpur, semalam, KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia