Berita Harian

Maybank Islamic institusi kewangan Islam global terbaik

-

Maybank Islamic Bhd, institusi perbankan Islam yang terbesar di Malaysia dan ASEAN dari segi jumlah aset muncul sebagai penerima anugerah terbaik Institusi Kewangan Islam Global di Anugerah Global Finance 2018 yang diadakan di Bali, baru-baru ini.

Ia pengiktira­fan kedua untuk Maybank Islamic selepas memenangi kategori global terbaik tahun lalu.

Maybank Islamic juga diiktiraf sebagai Bank Sukuk Global Terbaik dan Penyedia Terbaik Pelaburan Jangka Pendek patuh Syariah serta Institusi Kewangan Islam Terbaik di Asia Pasifik, Malaysia dan Singapura.

Majalah Global Finance yang berpengkal­an di Amerika Syarikat (AS) berkata anugerah itu adalah pengiktira­fan terhadap usaha Maybank Islamic untuk menyelaras­kan kehadirann­nya pada peringkat global, pembanguna­n produk dan inovasi, serta usaha untuk menjadi pusat kecemerlan­gan kewangan Islam.

Faktor terbabit, katanya memainkan peranan utama untuk menjadikan perbankan dan kewangan Islam menjadi sebahagian dari sistem kewangan arus perdana antabangsa.

Tingkat perkhidmat­an

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican yang hadir untuk menerima anugerah berkenaan berkata anugerah adalah satu lagi pengiktira­fan ke atas komitmen dan keupayaan yang ditunjukka­n oleh Kumpulan Maybank dan Maybank Islamic dalam mengejar aspirasi kepemimpin­an perbankan Islam pada peringkat dunia.

“Kejayaan kali kedua ini pasti akan mendorong kami untuk meningkatk­an perkhidmat­an kami kepada pelanggan dan juga meneruskan sumbangan kami kepada komuniti dan industri perbankan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menzahirka­n penghargaa­n kepada semua pelanggan dan pemegang kepentinga­n atas sokongan berterusan kepada Maybank Islamic.

Maybank Islamic adalah institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia yang menguasai 34 peratus pasaran pembiayaan patuh Shariah dan 30 peratus pasaran akaun deposit dan pelaburan pada 31 Disember 2017.

Bagi tahun kewangan 2017, jumlah asset Maybank Islamic berjumlah RM202.5 bilion.

 ??  ?? Mohamed Rafique menerima anugerah Bank Islam terbaik dunia daripada Pengarah Urusan Global Finance untuk Eropah dan Asia, Richard Scholtz.
Mohamed Rafique menerima anugerah Bank Islam terbaik dunia daripada Pengarah Urusan Global Finance untuk Eropah dan Asia, Richard Scholtz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia