Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak susut lebih satu peratus semalam, bergerak ke arah kerugian mingguan ketiga selepas Arab Saudi memberi amaran berhubung lebihan bekalan, sementara kejatuhan pasaran saham dan kebimbanga­n mengenai perdaganga­n menjejaska­n unjuran permintaan bahan bakar.

Minyak mentah susut AS$1.12 kepada paras rendah AS$75.77 satu tong dan diniagakan sekitar AS$78.84, susut AS$1.05, pada 0950 GMT.

Kontrak berada pada landasan tepat untuk mencatatka­n kerugian mingguan hampir lima peratus. Ia susut lebih AS$10 dalam tempoh tiga minggu lalu.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) berada pada AS$1.05 lebih rendah kepada AS$66.28, untuk mencatatka­n kerugian 4.1 peratus minggu ini.

“Persekitar­an kompleks dalam tenaga kembali dalam trajektori perlahan,” kata Penganalis­is di London broker PVM Oil, Stephen Brennock.

“Jangkaan juga sama dalam tempoh dekat dengan peniaga masih kurang menonjol dan bercadang untuk menolak harga lebih rendah.”

Kejatuhan pasaran ekuiti global menjejaska­n pasaran minyak mentah minggu ini dengan Wall Street mencatat kerugian harian terbesar sejak 2011, sekali gus memadamkan semua keuntungan sebelum ini bagi tahun 2018.

Pasaran kewangan terjejas teruk dengan pelbagai kebimbanga­n termasuk perang dagang Aschina, kejatuhan mata wang pasaran baharu muncul, peningkata­n kos pinjaman dan hasil bon serta kebimbanga­n ekonomi di Itali.

Wujud juga petanda kelembapan perdaganga­n global dengan kadar tambang pukal dan kontena susut selepas terus meningkat sepanjang 2018.

Selepas beberapa bulan wujudnya kebimbanga­n berhubung kekurangan bekalan menjelang sekatan AS ke atas Iran yang dijadualka­n bermula 4 November, pasaran minyak mentah mula gusar mengenai kemungkina­n lebihan bekalan dan inventori yang meningkat di beberapa bahagian pasaran.

Khamis lalu, Gabenor Pertubuhan Negaranega­ra pengekspor­t Petroleum (OPEC) Arab Saudi berkata, pasaran minyak mungkin berdepan isu lebihan bekalan akhir tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia