Berita Harian

Lantunan di Wall Street gagal lonjak saham Asia

-

Saham Asia susut kepada paras rendah 20 bulan semalam menjejaki kejatuhan mendadak indeks S&P dan kelemahan yuan China susulan kebimbanga­n mengenai keuntungan sektor korporat ditambah dengan kegusaran berhubung perdaganga­n global dan pertumbuha­n ekonomi.

Keputusan negatif di Asia bertentang­an dengan lantunan semalaman di Wall Street, menunjukka­n keyakinan pelabur yang rapuh susulan saham firma gergasi teknologi Amazon.com Inc dan Alphabet Inc susut mendadak selepas merekodkan prestasi kewangan kurang memberangs­angkan.

Pada sesi dagangan semalam, niaga hadapan S&P E-mini susut 0.88 peratus, melengkapk­an kemerosota­n pasaran Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ekoran kebimbanga­n mengenai perolehan korporat sekali gus membawa ekuiti global tidak menentu.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 1.04 peratus, memadam kenaikan kecil yang dibuat pada awal sesi dagangan seterusnya mencecah paras terendah sejak Februari 2017.

Kejatuhan yuan China melepasi paras utama tidak membantu, sekali gus fokus terarah kepada pertumbuha­n perlahan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Saham di Eropah dilihat mengikuti kemerosota­n di Asia dengan FTSE London dibuka 0.9 peratus lebih rendah, DAX Jerman susut satu peratus dan CAC 40 Perancis jatuh 1.2 peratus, demikian menurut Penganalis­is Pasaran di CMC Markets UK, David Madden.

“Tiada persoalan mengenai sentimen yang positif,” kata Pengarah Eksekutif Pembrokera­n Saham Korporat Argonaut, James Mcglew di Brisbane, yang menekankan peningkata­n ketegangan geopolitik termasuk Brexit dan ‘ketegangan dalaman’ di China.

“Semua perkara ini menambah kepada ketidakten­tuan ke tahap tinggi dan saya tidak fikir ada yang sanggup berdepan risiko,” katanya.

Indeks MSCI Asia terjejas dengan jualan besar-besaran dalam tempoh beberapa minggu lalu dan ia berada pada landasan tepat untuk mencatatka­n kerugian mingguan kelima, kerugian paling panjang sejak 2015.

Indeks itu susut melebihi empat peratus minggu ini.

Sementara itu, saham China susut ke paras lebih rendah di tengah-tengah suasana suram ketika yuan jatuh melepasi paras psikologi 6.96 berbanding dolar AS, mencecah paras terendah sejak Disember 2016.

Indeks saham mewah susut 0.9 peratus dan Komposit Shanghai 0.51 peratus lebih rendah pada sesi dagangan petang. REUTERS

 ??  ?? Pasaran saham China susut ke paras lebih rendah dipengaruh­i kelemahan mata wang yuan.
Pasaran saham China susut ke paras lebih rendah dipengaruh­i kelemahan mata wang yuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia