Berita Harian

‘Kuatkan semangat harungi ujian’

Ibu hadapi kekangan wang jaga anak terlantar sakit

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang dilalui Raja Rasiah Raja Ibrahim sekeluarga selepas anak keduanya, Mohd Amier Firdaus berusia 18 tahun terlantar dalam keadaan separuh sedar sejak tiga tahun lalu, akibat kemalangan jalan raya.

Sepanjang tempoh berkenaan, Raja Rasiah, 47, menyifatka­n kehidupan mereka berubah sepenuhnya dan pelbagai dugaan terpaksa dilalui mereka sekeluarga, termasuk dihalau dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa.

Menurutnya, perbelanja­an anak kedua daripada empat beradik itu sahaja hampir RM2,000 sebulan menyebabka­n kehidupan mereka agak tertekan kerana bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 tidak mencukupi.

Katanya, bukan sahaja Mohd Amier yang terlantar sakit, dia sendiri menghidap penyakit jantung dan darah tinggi, manakala suami, Mohd Hijazi Ismail, 55, pula tidak mampu bekerja kuat akibat penyakit kencing manis yang kronik.

“Saya sedih kerana ada ketikanya kami tidak mampu membeli susu khas berharga RM87 satu tin untuk Mohd Amier kerana masalah kewangan dan saya menggantik­an air masakan nasi dengan harapan mampu memberi tenaga.

“Biarpun menyedari air masakan nasi mungkin tidak baik untuk kesihatan Mohd Amier, namun saya terpaksa. Saya cuba menukar susu biasa untuk menjimatka­n kos, namun badan anak saya tidak boleh terima dan keadaannya menjadi lesu.

“Doktor memaklumka­n peluang untuk Mohd Amier kembali pulih agak tipis dan walaupun diuji masalah kewangan, saya kuatkan semangat dan menjaga anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang tinggal di Kampung Batang Merbau.

Terpaksa bergilir ke sekolah

Raja Rasiah berkata, akibat masalah kewangan yang dialami menyebabka­n dua adik Mohd Amier iaitu Putri Amiera Nurfarisya, 16, dan Putri Amiera Nurfatiha, 13, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 2, terpaksa ke sekolah bergilir-gilir kerana tidak mampu membayar tambang van RM4 seorang.

Orang ramai yang mahu menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i di talian 011-17924802 atau menerusi akaun Bank Rak-yat 2211911182­21 (Raja Rasiah Raja Ibrahim).

 ?? [FOTO IHSAN KELUARGA] ?? Raja Rasiah memberi susu khas kepada anaknya yang terlantar sakit sejak tiga tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
[FOTO IHSAN KELUARGA] Raja Rasiah memberi susu khas kepada anaknya yang terlantar sakit sejak tiga tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia