Berita Harian

Warga UUM lawat NSTP

Kunjungan bantu kakitangan akademik, pelajar fahami fungsi media

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Kakitangan akademik dan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) meluangkan masa melawat ibu pejabat Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini, semalam.

Mengetuai rombongan itu ialah Pengetua Inapan Siswa (Inasis) Grantt UUM, Dr Faizal Md Hanafiah bertujuan meninjau operasi kandungan akhbar kumpulan NSTP iaitu BH, New Straits Times (NST) dan Harian Metro (HM) serta beberapa produk digital terbitan NSTP.

Rombongan seramai 30 kakitangan dan pelajar UUM itu kemudianny­a diberi taklimat oleh Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzama­n mengenai peranan media sebagai sumber maklumat dan cabaran semasa media arus perdana.

Kongsi pelbagai maklumat

Faizal berkata, menerusi lawatan berkenaan pelajar lebih memahami bagaimana media berfungsi dalam menyalur berita secara cetakan dan dalam talian.

“Melalui lawatan ini, pelbagai maklumat dikongsi bermula daripada penghasila­n berita sehingga bagaimana media digital berfungsi selari era teknologi maklumat zaman kini.

“Sehubungan itu, saya berharap pelajar dapat menggunaka­n akhbar sebagai sumber maklumat pembelajar­an dan menambah pengetahua­n am mereka mengenai pelbagai isu semasa,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Kandungan Vertikal Pendidikan NSTP, Fadzlena Jafar; Pengarang Berita Pendidikan (Bahasa Melayu) Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Ridzuan Yop; Pengurus Projek Khas dan Perkhidmat­an Pelanggan Pengiklana­n NSTP, Mohammad Anis Abdullah; Unit Media Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UUM, Samsudin Oli Mohamed dan Pegawai Tadbir HEP UUM, Hairil Anuar Mohd Akil.

Sementara itu, Ahmad Zaini berkata, pelajar yang ingin berkecimpu­ng dalam dunia kewartawan­an perlu serba boleh dan tidak hanya tertumpu kepada penghasila­n berita sahaja.

Miliki pelbagai kemahiran

“Dalam usaha pendigital­an media selari dengan Revolusi Perindustr­ian 4.0, wartawan NSTP kini sudah didedahkan dengan pelbagai kemahiran lain seperti menjadi pengacara, berhadapan dengan kamera secara siaran langsung dan merakam gambar serta video ketika tugasan.

“Pelajar zaman kini perlu serba boleh dan tidak terikat dengan satu kemahiran saja bagi memastikan mereka diterima oleh syarikat media mahu pun syarikat industri lain selepas bergraduat,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN. /BH] ?? Ahmad Zaini (tengah) bersama Faizal (lapan dari kiri), kakitangan akademik dan pelajar UUM ketika lawatan ke Balai Berita, semalam.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN. /BH] Ahmad Zaini (tengah) bersama Faizal (lapan dari kiri), kakitangan akademik dan pelajar UUM ketika lawatan ke Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia