Berita Harian

Jalan rosak jejas aktiviti 3,000 Orang Asli

-

Gua Musang: Lebih 3,000 penduduk Orang Asli di 40 kampung sekitar enam pos di pedalaman daerah ini terputus hubungan selepas jalan ke kampung mereka rosak teruk akibat hujan sejak empat bulan lalu.

Jalan itu menghubung­kan ke Pos Tohoi, Bihai, Simpor, Balar, Hau dan Gob.

Keadaan itu menyebabka­n laluan berkenaan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan termasuk pacuan empat roda, sekali gus menjejaska­n pendapatan masyarakat Orang Asli untuk mencari hasil hutan.

Pada masa sama, penduduk bimbang dengan keselamata­n anak mereka yang berulang-alik ke sekolah melalui jalan berselut dan berlubang itu.

Penduduk Orang Asli di Pos Simpor, Ramon Akik, 41, berkata masalah jalan rosak di perkampung­an Orang Asli itu menjejaska­n kehidupan harian termasuk untuk keluar membeli barang keperluan di bandar ini kerana purata penduduk hanya menggunaka­n motosikal.

“Sebelum ini ada pihak tertentu dan penduduk sendiri membaiki jalan terbabit namun ia kembali rosak apabila kawasan itu dilanda hujan berterusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia