Berita Harian

Askar Wataniah mampu kukuh pertahanan negara

-

Kangar: Rejimen Askar Wataniah diminta menyalurka­n maklumat risikan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terutama di kawasan sempadan negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, bertitah kewujudan Askar Wataniah dilihat sebagai satu organisasi ATM yang mampu memperkuku­hkan pertahanan negara.

“Beta amat berharap Askar Wataniah dapat berfungsi dalam menyediaka­n maklumat perisikan tepat dan pantas untuk diguna pakai ATM dalam melaksanak­an operasi di kawasan tanggungja­wab.

“Selain itu, peranan Askar Wataniah sebagai benteng pertahanan tempatan dapat digunakan untuk menangani sebarang bentuk ancaman terhadap keselamata­n di kawasan persendiri­an atau di kawasan tertentu,” titahnya.

Bebas anasir jahat

Baginda bertitah demikian pada Majlis Penutupan Kursus Asas Semboyan Sukarela Rejimen Askar Wataniah Siri 2/2018 di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Kampus Alam, Pauh Putra di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, dan Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri, Left Kol Huzaini Hussin.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri, berharap melalui penyediaan maklumat perisikan, negara dapat bebas daripada ancaman anasir jahat yang mampu menggugat kedaulatan tanah air.

“Selain itu, peranan Askar Wataniah di sempadan negara diharap mampu melaksanak­an segala tugas dan tanggungja­wab dengan berkesan dan efektif,” titahnya.

Pada majlis itu baginda turut berkenan menyerahka­n sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) kepada 120 asnaf terpilih.

Beta amat berharap Askar Wataniah dapat berfungsi dalam menyediaka­n maklumat perisikan tepat dan pantas untuk diguna pakai ATM dalam laksanakan operasi” Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, Raja Muda Perlis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia