Berita Harian

Bagaikan kulit dihiris

-

Pedih dan ngilu kulit muka bagaikan dihiris setiap kali mandi atau berwuduk. Namun, apabila melihat di cermin tidak pula nampak sebarang kecederaan, kata pesakit Trigeminal neuralgia (TN), kata Azman Abdullah, 52.

Pada masa sama urat saraf pada bahagian atas kening sebelah kanan berdenyut setiap kali TN menyerang.

“Ia datang tidak menentu dan kadang-kadang terasa mencucuk-cucuk untuk tempoh sejam dua. Ia bukan sakit pening kepala tetapi sakit akibat denyutan pada saraf,” katanya kepada BH.

Azman berkata, mula menyedari menghidap penyakit itu selepas menceritak­an simptom yang dialami kepada doktor di sebuah klinik Sungai Buloh, pada awal bulan ini.

“Doktor merujuk kes saya dengan pakar neurologi di sebuah pusat rawatan pakar di Shah Alam yang kemudian mengesahka­n penyakit dihidapi adalah TN selepas menjalani ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI).

“Ujian MRI untuk memastikan sakit saraf hanya berlaku pada bahagian muka dan tidak bersambung ke saraf otak, ternyata keputusann­ya adalah negatif. Kini saya masih dalam rawatan dan pengawasan­nya pakar terbabit dan bertahan dengan memakan pil saraf,” katanya.

Beliau berkata, sakit yang dialami menyebabka­n tidur malamnya terganggu kerana sakit pada saraf mukanya seperti terkena renjatan elektrik.

‘Kesakitan itu kemudian merebak ke hidung apabila ia terasa ngilu ketika disentuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia