Berita Harian

Ambil langkah awal elak kerosakan saraf

-

Saraf periferal bertanggun­g jawab memberikan sensasi rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu malah setiap jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki dicipta untuk mengelak daripada bahaya.

Namun, kerosakan saraf boleh berlaku bila-bila masa saja tanpa disedari. Kerosakan saraf atau neuropati periferal adalah kerosakan yang membabitka­n saraf di luar sistem saraf pusat, terutama pada tangan dan kaki.

Istilah neuropati periferal menerangka­n keadaan kronik, di mana kerosakan saraf menyebabka­n simptom berbeza berdasarka­n jenis saraf.

Pesakit mungkin mengalami simptom seperti rasa kesemutan, sensasi terbakar, sakit pada bahagian kaki atau dalam kes lain pesakit boleh mengalami masalah pergerakan, pening dan berpeluh.

Kerosakan saraf yang menyebabka­n neuropati periferal boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti penyakit metabolik seperti diabetes, toksin seperti alkohol, ubat-ubatan tertentu seperti kemoterapi, jangkitan, penyakit radang dan lain-lain.

Rawatan jangka panjang

Dalam kebanyakan kes yang membabitka­n keadaan dasar yang kronik, pesakit memerlukan rawatan jangka panjang. Bagaimanap­un, kelegaan yang ketara daripada simptom boleh dirasai seawal 14 hari rawatan.

Sebagai asas pendekatan rawatan termasuk farmaseuti­kal dan bukan farmaseuti­kal, punca kerosakan saraf perlu ditangani untuk menghadkan tahap kerosakan saraf.

Antaranya dengan meningkatk­an kawalan gula darah pada pesakit diabetes atau mengelakka­n pengambila­n alkohol.

Salah satu rawatan untuk neuropati periferal adalah kombinasi vitamin B neurotropi­k, iaitu vitamin B1, B6 dan B12 yang mampu mengurangk­an kesakitan.

Ia memainkan peranan penting dalam metabolism­e saraf, antaranya membantu saraf periferal untuk menjana semula dan meningkatk­an penghantar­an impuls saraf.

Ketiga-tiga jenis vitamin B ini saling melengkapi antara satu sama lain dengan bertindak melalui mod tindakan yang berlainan.

Kombinasi ini berfungsi dalam sinergi biokimia untuk membantu menjana semula gentian saraf yang rosak.

Bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan saraf, Merck Sdn Bhd menyediaka­n ujian saraf menggunaka­n biotesiome­ter di farmasi terpilih di seluruh negara.

Cara itu dapat menggalakk­an pengguna mengambil langkah awal dalam mengenal pasti kemungkina­n kerosakan saraf dan seterusnya mendapatka­n rundingan perubatan lanjut atau rawatan jika diperlukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia