Berita Harian

Masjid perlu sedia kemudahan mesra OKU

-

Orang kurang upaya (OKU) yang menerima ujian besar di dunia tidak disisihkan dalam Islam, bahkan golongan itu turut mendapat peluang sama mengejar kedudukan sebagai orang bertakwa.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-nya, akan dimasukkan-nya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksa-nya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.” (Al-fath: 17)

Sebab penurunan (asbab al-nuzul) ayat itu ialah Rasulullah SAW ditanya mengenai kedudukan OKU dan orang sakit yang tidak dapat menyertai jihad di jalan Allah kerana ayat sebelumnya, Allah SWT memberi peringatan kepada golongan yang tidak turut berjuang. Justeru, ayat itu diturunkan untuk memberikan keringanan kepada golongan terbabit kerana ketidakupa­yaan serta keuzuran mereka.

Malah, Allah SWT juga mendidik Rasulullah SAW bagaimana melayani OKU, iaitu seperti yang berlaku dalam peristiwa dakwah Baginda terhadap pemimpin Musyrikin Makkah yang turut didatangi Abdullah ibnu Ummu Maktum yang buta.

Firman Allah SWT: “Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling kerana dia didatangi oleh seorang buta. Dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui (Wahai Muhammad) akan tujuannya? Mungkin dia mahu membersihk­an hatinya (dengan pelajaran agama yang dia dapati daripada kamu)!, ataupun dia ingin mendapatka­n peringatan supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang berasa keadaannya serba cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-quran), maka engkau bersungguh­sungguh melayaniny­a; padahal engkau tidak bersalah, jika dia tidak mahu membersihk­an dirinya (dari keingkaran). Dan adapun orang yang bersegera datang kepada kamu, dengan perasaan takutnya (melanggar perintah Allah), maka engkau berlengah-lengah melayaniny­a. Janganlah melakukan lagi sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat al-quran itu adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).” (Abasa: 1-11)

Bertitik tolak daripada gesaan dan peringatan kitab Allah ini, maka kita bukan sahaja menyediaka­n kemudahan selesa, kondusif dan efisien untuk memudahkan pergerakan OKU ketika menjalani ibadat di masjid, bahkan berusaha membina kesedaran kepada pengurusan institusi masjid serta masyarakat terhadap tanggungja­wab menyantuni mereka.

Masyarakat masih belum peka

Hal itu turut ditekankan dalam Seminar Rumah Ibadat Mesra OKU di Masjid Bandar Seri Putra, Kajang apabila Ahli Jawatankua­sa Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat, Muhamad Rizal Razali mengingatk­an kemudahan mesra OKU yang disediakan tidak bermakna sekiranya masyarakat tidak mengambil peranan untuk menghulurk­an bantuan.

“Saya lihat masyarakat masih belum peka akan keperluan OKU, bahkan ada dalam kalangan kami diherdik jemaah kerana kerusi roda dibawa masuk ke dalam masjid yang dikatakan tidak bersih.

“Alangkah eloknya ada jawatankua­sa masjid atau kakitangan yang menghulurk­an bantuan seperti membersihk­annya atau boleh sahaja menggantik­annya dengan kerusi roda milik masjid.

“Walaupun rumah saya terletak berdekatan dengan masjid dan surau, saya tetap sukar untuk mengunjung­inya pada hujung minggu kerana selalunya tandas OKU akan dikunci,” katanya pada sesi soal jawab seminar yang dianjurkan bersama Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat.

Luahan sama turut dibangkitk­an Yang Dipertua Persatuan Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (PERTIS), Jasmadin Budin, yang melihat pemahaman dan sikap masyarakat terhadap kebajikan OKU masih lemah.

“Masjid atau surau wajar memberi peluang kepada golongan OKU yang berilmu untuk menyampaik­an tazkirah kerana ramai antara mereka, khususnya cacat penglihata­n mempunyai kebolehan dalam bidang agama dan menghafaz al-quran.

“Ramai OKU yang belajar di Darul Quran, tetapi selepas tamat pengajian tidak mendapat pekerjaan dan akhirnya kembali kepada PERTIS.

“PERTIS mencadangk­an OKU berkelayak­an diberikan kuota khas, terutama oleh JAKIM untuk membolehka­n mereka bekerja di masjid dan jabatan agama sebagai khatib, imam dan bilal,” katanya.

Jasmadin berkata, menerusi inisiatif sedemikian, ia dapat membela nasib OKU, sekali gus mendekatka­n masyarakat terhadap golongan ini, selain memperbany­akkan khutbah berkaitan dengan golongan itu termasuk dalam konteks sirah Rasulullah

SAW.

“Antaranya kisah Abdulah Ibnu Ummu Maktum yang buta, tetapi celik hati dan berakhlak hingga dimuliakan Rasulullah SAW. Abdullah diangkat bukan kerana simpati dengan keadaannya tetapi keupayaan dan kebolehann­ya hingga dilantik sebagai wakil di Madinah apabila Baginda keluar berperang,” katanya.

Sedia khidmat bahasa isyarat

Sementara itu, Timbalan Nazir, Masjid Bandar Seri Putra, Dr Mohd Pisal Zainal, berkata kewajipan dalam ibadat tetap sama, sama ada pancainder­a sempurna atau OKU hingga Rasulullah SAW sendiri menggesa orang beriman untuk menunaikan solat berjemaah di masjid apabila mendengar azan.

“Walaupun Masjid Bandar Seri Putra sendiri belum lengkap sebagai masjid mesra OKU, kita sentiasa merencana pelbagai inisiatif seperti menyediaka­n perkhidmat­an bahasa isyarat bagi program kuliah Jumaat dan khas.

“Kami juga mengadakan program tahfiz pekak untuk membantu OKU masalah pendengara­n dari seluruh negara untuk belajar membaca dan menghafaz al-quran,” katanya.

Bagaimanap­un, Mohd Pisal mengakui masih banyak penambahba­ikan perlu dilakukan, termasuk mengkaji kemudahan sedia ada dan pelan lantai masjid supaya menepati konsep mesra OKU.

“Antara kemudahan OKU yang belum ada di masjid ialah al-quran braille, selain simbol tanda arah dengan tulisan lebih besar untuk membantu OKU lemah dalam pembacaan,” katanya.

“Secara umumnya, kemudahan OKU yang ada mesti merangkumi fizikal dan bukan fizikal, bahkan lebih penting menjamin hak setiap individu untuk mengunjung­i rumah ibadat, manakala pembinaan rumah ibadat baharu perlu mempunyai pelan jangka masa panjang dan mematuhi Akta Orang Kurang Upaya 2008,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jamali Mohd Adnan, berkata terdapat banyak masjid yang boleh dibanggaka­n seperti Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya yang menyediaka­n kemudahan khas, termasuk parkir berdekatan dengan lif dan laluan khusus, selain alatan seperti kerusi roda.

Jamali berkata, seiring dengan pendekatan Islam sebagai agama rahmat, kasih sayang dan menyantuni seluruh umat manusia termasuk OKU, JAKIM juga sedar keperluan transforma­si secara berterusan untuk mendekatka­n golongan ini dengan institusi masjid.

“Antara cadangan kami, penterjema­h bahasa isyarat khatib sampaikan khutbah Jumaat. JAKIM bersedia mendapatka­n khidmat juruisyara­t dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan,” katanya.

Saya lihat masyarakat masih belum peka akan keperluan OKU, bahkan ada dalam kalangan kami diherdik jemaah kerana kerusi roda dibawa masuk ke dalam masjid dikatakan tidak bersih” Muhamad Rizal Razali, Ahli Jawatankua­sa Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat Masjid atau surau wajar beri peluang kepada OKU yang berilmu sampaikan tazkirah kerana ramai antara mereka khususnya cacat penglihata­n berkeboleh­an dalam bidang agama dan menghafaz al-quran” Jasmadin Budin, Yang Dipertua PERTIS Antara cadangan kami, penterjema­h bahasa isyarat khatib sampaikan khutbah Jumaat. JAKIM bersedia dapatkan khidmat juruisyara­t dengan kerjasama NGO berkaitan” Jamali Mohd Adnan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAKIM

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Mohd Pisal pada pembentang­an Seminar Rumah Ibadat Mesra OKU di Masjid Bandar Seri Putra, Kajang, baru-baru ini.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Mohd Pisal pada pembentang­an Seminar Rumah Ibadat Mesra OKU di Masjid Bandar Seri Putra, Kajang, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia