Berita Harian

Lawatan ke galeri seni jadi rawatan kesihatan

-

Montreal: Sekumpulan doktor Kanada mula mempreskri­psikan lawatan ke galeri seni sebagai rawatan untuk membantu pesakit yang menderita pelbagai penyakit.

Kerjasama antara Francophon­e Associatio­n of Doctors in Canada (MFDC) dan Muzium Seni Halus Montreal (MMFA), membolehka­n pesakit yang menderita penyakit fizikal hingga masalah kesihatan mental bersama ahli keluarga secara percuma.

Projek itu memberi peluang kepada doktor untuk mempreskri­psikan sehingga 50 lawatan ke MMFA sepanjang rawatan dengan setiap pas masuk boleh digunakan untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Ketua MFDC, Nicole Parent, berkata setakat ini, 100 doktor sudah mendaftar untuk mengambil bahagian selama setahun.

Parent berkata, jumlah itu membuktika­n doktor mempunyai kepekaan dan keterbukaa­n terhadap pendekatan alternatif sekiranya pesakit mahu yang kebaikan seni kepada kesihatan sudah dibuktikan secara saintifik.

Manfaat sama

Manfaatnya sama dengan apa yang diperoleh pesakit melalui aktiviti fizikal yang menyebabka­n perembesan hormon baik, sekali gus membantu pelbagai penyakit daripada kesakitan kronik hingga kemurungan, tekanan dan kerisauan.

Projek perintis itu akan membolehka­n penganjur untuk mengumpulk­an data dan menganalis­is keputusan yang membantu perkembang­an protokol untuk mengenal pasti pesakit.

Parent berkata, beliau berharap muzium lain di Kanada akan mengikuti jejak MMFA yang sejak 2016 lagi, berusaha membina kepakaran dalam terapi seni untuk masyarakat yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Pengarah MMFA, Nathalie Bondil, meluahkan keyakinan kebudayaan pada abad ke-21, akan menjadi terapi aktiviti fizikal untuk kesihatan seperti yang dilakukan pada abad ke-20.

“Pengalaman budaya akan memberikan manfaat kesihatan dan kesejahter­aan seperti terbabit dalam sukan yang memberikan sumbangan kepada kecergasan,” katanya dalam kenyataan media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia