Berita Harian

3 wartawan Myanmar dibebas

-

Yangon: Hakim mahkamah Myanmar semalam membebaska­n tiga wartawan akhbar persendiri­an terbesar negara itu dengan ikat jamin selepas ditahan di bawah tuduhan melakukan provokasi menerusi penerbitan artikel yang menimbulka­n persoalan berhubung perbelanja­an kerajaan.

Ketua wartawan Eleven Media, Phyo Wai Win dan dua editor, Kyaw Zaw Lin serta Nayi Min ditahan pada 10 Oktober lalu susulan aduan oleh kerajaan tempatan di Yangon.

Penahanan mereka di penjara Insein di pinggir bandar adalah tamparan terbaru terhadap kebebasan media di negara itu yang sebelum ini menyaksika­n puluhan wartawan dihukum sejak beberapa bulan kebelakang­an ini.

“Sebagai seorang wartawan, saya menulis artikel berdasarka­n maklumat yang benar,” kata Phyo Wai Win, sambil melangkah keluar dari mahkamah di pekan Tamwe sementara menunggu sesi pendengara­n seterusnya pada 9 November.

Menjelaska­n keputusann­ya untuk membenarka­n ikat jamin, hakim Tin War War Thein memberitah­u mahkamah bahawa wartawan itu tidak memberikan sebarang ancaman.

Ketiga-tiga wartawan berkenaan didakwa di bawah Seksyen 505 kanun keseksaan era kolonial yang melarang penerbitan sebarang maklumat difikirkan boleh menimbulka­n kebimbanga­n sehingga boleh mengakibat­kan mana-mana individu melakukan kesalahan atau mengganggu ketenteram­an awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia