Berita Harian

Pulau Boracay berubah wajah

Destinasi pelanconga­n popular di Filipina pekenal peraturan lebih ketat

-

Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina dibuka semula kepada pelancong, semalam dengan peraturan baharu yang lebih ketat.

Pulau yang pernah menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal.

Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satusatu masa. Kerajaan cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.

Merokok di larang

Hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undangunda­ng alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbanga­n serta feri diberitahu untuk mengehadka­n perkhidmat­an ke kawasan itu.

Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurk­an pestapesta yang digelar ‘Laboracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.

Pada April lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahka­n pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besarbesar­an bagi memulihkan kemudahann­ya, selain mengekang pembanguna­n melampau sehingga ia digelar ‚loji kumbahan‘.

Ia bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang disebut antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.

Pulau Boracay pernah dikategori­kan majalah pelanconga­n sebagai antara pantai terbaik di dunia.

 ??  ?? Ratusan pelancong mula tiba di Pulau Boracay selepas kerajaan Filipina mengumumka­n pembukaan destinasi pelanconga­n popular itu, semalam.
Ratusan pelancong mula tiba di Pulau Boracay selepas kerajaan Filipina mengumumka­n pembukaan destinasi pelanconga­n popular itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia