Berita Harian

Google serius tangani isu seksual

-

Bangunan San Francisco: Google memecat 48 kakitangan­nya sejak dua tahun lalu berpunca daripada dakwaan mengenai perbuatan mereka melakukan gangguan seksual.

Firma teknologi itu memberitah­u kelmarin bahawa ia memperketa­t peraturan mengenai peri laku tidak senonoh membawa kepada pemecatan berkenaan di mana 13 daripada mereka adalah eksekutif kanan.

“Kami amat serius dalam usaha memastikan keadaan di tempat kerja adalah selamat dan inklusif. Kami mahu beri jaminan bahawa kami mengkaji semula setiap aduan mengenai gangguan seksual atau peri laku tidak senonoh.

“Kami lakukan siasatan dan ambil tindakan,” menurut kenyataan ketua eksekutif Google, Sundar Pichai.

Syarikat itu mengeluark­an kenyataan berkenaan susulan daripada laporan akhbar New York Times (NYT) mengenai seorang kakitangan Google, Andy Rubin yang juga pencipta Android.

NYT mendakwa, Rubin menerima pakej tamat kerja AS$90 juta (RM375.84 juta) ketika menghadapi dakwaan mengenai kesalahan peri laku dan Google turut menyembuny­ikan dakwaan lain mengenai gangguan seksual.

Pakej tamat kerja

Ditanya oleh agensi berita AFP dan media lain kepada perkara itu, Google menyiarkan butirbutir emel kepada pekerjanya dari Pichai.

Mel itu menyatakan 48 orang ditamatkan perkhidmat­an kerana melakukan gangguan seksual dalam tempoh dua tahun lalu termasuk 13 yang berjawatan pengurus kanan ke atas dan tiada yang menerima sebarang pakej tamat kerja seumpama itu.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami membuat beberapa perubahan termasuk memberi amaran lebih keras terhadap peri laku tidak senonoh membabitka­n pihak yang memegang kuasa,” kata Pichai.

Beliau juga berkata, laporan mengenai Rubin dan orang lain ‘sukar ditafsir’ tetapi tidak mengulas secara terperinci dakwaan dalam laporan NYT.

Jurucakap Rubin, Sam Singer, menolak dakwaan ke atasnya dalam kenyataan kepada AFP dengan memberitah­u bahawa Rubin berhenti atas keputusan sendiri bagi melancarka­n firma teknologi, Playground, sebelum mengasaska­n syarikat telefon pintar Essential.

NYT merujuk kepada dokumen mahkamah dan wawancara tertentu ketika melaporkan bahawa Rubin adalah antara tiga eksekutif kanan yang dilindungi Google daripada aduan mengenai perlakuan gangguan seksual selama satu dekad.

 ??  ?? Google San Francisco
Google San Francisco

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia