Berita Harian

Sinead O‘connor kini bergelar Shuhada

-

Belfast: Penyanyi terkenal Ireland, Sinead O‘conner memeluk agama Islam dan kini menggunaka­n nama ShuhadaDav­itt.

Shuhada, 51, yang sebelum ini dikenali sebagai Magda mendedahka­n menerusi Twitter bahawa beliau sudah meninggalk­an agama Kristian Katolik demi kebaikan.

“Pengumuman ini bertujuan menyatakan saya berbangga menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi perjalanan manamana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam.

“Ia menjadi semua kitab suci lain bertindan. Saya akan mempunyai nama baharu. Ia adalah Shuhada‘. Maaf Sine, Shuhada‘,“katanya di Twitter.

Sinead O‘connor menjalani rawatan mental intensif di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu dengan bantuan Dr Phil.

Melaungkan azan

Selepas menukar nama kepada Shuhada, beliau memuat naik rakaman video melaungkan azan.

“Ini adalah cubaan pertama saya menyanyika­n azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” katanya.

Beliau turut menggayaka­n pakaian Muslim berdasarka­n gambar.

“Kawan rapat saya, Elaine memberikan hijab pertama kepada saya dan beliau seram sejuk seluruh badan melihat saya memakainya,” katanya.

 ??  ?? Sinead O‘conner
Sinead O‘conner

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia