Berita Harian

Verstappen berang sistem penalti F1

-

Mexico City: Max Verstappen lantang menyuaraka­n pendapatny­a di luar litar dengan menyatakan sistem penalti mata yang diamalkan Formula Satu sebagai ‘bodoh’ dan seharusnya ‘dibuang ke dalam tong sampah.’

Pemandu muda dari Belanda yang sedang memburu kemenangan kedua berturut-turut pada Grand Prix Mexico hujung minggu ini melemparka­n kemarahann­ya apabila diajukan soalan mengenai sistem kawalan kesalahan pemandu itu.

Pemandu berdepan penggantun­gan automatik sekiranya mengumpul 12 mata dalam lesen perlumbaan mereka.

Verstappen yang sering memandu secara agresif, ketika ini mengumpul tujuh mata manakala Romain Grosjean dari pasukan Haas, 10 mata. Kutipan mata berakhir selepas 12 bulan.

“Sekiranya anda mencetus satu pelanggara­n besar, maka ia satu perkara berbeza, tapi sekiranya anda mengumpul banyak mata kerana semua perkara kecil, saya fikir ia mengarut,” kata Verstappe

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia