Berita Harian

Real terima habuan terbesar

UEFA agih RM6.70 bilion kepada semua pasukan peringkat kumpulan Liga Juara-juara musim lalu

-

Real Madrid menerima lebih 88.6 juta euro (RM420 juta) daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) susulan kejayaan kelab gergasi Sepanyol itu memenangi Piala Eropah kali ke-13 musim lalu.

UEFA membahagik­an keseluruha­n 1.412 bilion euro (RM6.70 bilion) kepada semua kelab yang turut serta pada peringkat kumpulan Liga Juarajuara 2017-2018 dan 10 pasukan yang tersingkir pada peringkat playoff.

Wang itu dibahagika­n mengikut persembaha­n dan pembayaran ‘kelompok pasaran’, yang ditentukan menerusi nilai pasaran televisyen di setiap negara.

Naib juara Liverpool memperoleh 81.3 juta euro (RM385 juta), kurang sedikit daripada AS Roma yang melangkah ke separuh akhir apabila memperoleh 83.8 juta euro (RM397 juta).

Bayern terima 70.5 juta euro

Kelab gergasi Itali, Juventus menerima 80.1 juta euro (RM379 juta).

Bayern Munich, yang tewas kepada Real pada separuh akhir, menduduki tempat kelima terbanyak dalam senarai penerima dengan 70.5 juta euro (RM334 juta).

Kelab yang tersingkir pada peringkat kumpulan menerima antara 17.4 juta euro (RM82.5 juta) dan 46.5 juta euro (RM220.5 juta) berdasarka­n keputusan masing-masing, dengan setiap pasukan dijamin memperoleh minimum 12.7 juta euro (RM60 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia