Berita Harian

Mental Svitolina mantap

-

Singapura: Pemain nombor enam dunia, Elina Svitolina yakin dia sudah mengatasi isu kekuatan mental selepas persembaha­n mengagumka­n pemain Ukraine itu pada Pusingan Akhir WTA, di sini, kelmarin.

Pemain berusia 24 tahun itu melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan juara bertahan Caroline Wozniacki 5-7, 7-5, 6-3 dalam masa dua jam 35 minit bagi menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan Putih.

Svitolina tersingkir awal pada penampilan sulungnya di Pusingan Akhir WTA tahun lalu tetapi tampil sebagai pemain berbeza kali ini apabila menewaskan pemain Republik Czech, Petra Kvitova dan Karolina Pliskova pada peringkat kumpulan.

Svitolina percaya kepayahan yang dialaminya sebelum ini menjadikan­nya lebih kuat.

“Saya mengharung­i bahagian kedua musim ini yang amat sukar,” katanya. “Dengan semua perkara terjadi dalam media sosial. dengan pendapat mengenai fizikal saya, ia bukanlah mudah.

Saya mengharung­i bahagian kedua musim ini yang amat sukar” Elina Svitolina, Pemain tenis nombor enam dunia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia