Berita Harian

Arsenal, Chelsea tiada masalah

-

Paris: Danny Welbeck menjaringk­an gol tunggal perlawanan untuk membantu Arsenal menang 1-0 ke atas Sporting Lisbon pada saingan Liga Europa awal pagi semalam, manakala juara tujuh kali, AC Milan tewas di laman sendiri di tangan Real Betis.

Penyerang England, Welbeck meledak gol kemenangan pada minit ke-78 di Portugal selepas memanfaatk­an kesilapan bekas pertahanan Liverpool, Sebastian Coates sekali gus menyaksika­n Arsenal meraih kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan Kumpulan E.

Dalam satu lagi aksi, Ruben Loftus-cheek pula menjaringk­an hatrik sekali gus menyaksika­n Chelsea menewaskan BATE dari Belarus 3-1.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu merembat leret hantaran silang Davide Zappacosta untuk membuka tirai jaringan Blues selepas dua minit sebelum menambah gol kedua apabila dia menampan masuk sepakan sudut disusuli gol ketiga pada minit ke-54.

Sementara itu, Milan yang dikendali Gennaro Gattuso tercicir mata pertama dalam Kumpulan F apabila jaringan Antonio Sanabria dan Giovani Lo Celso, yang dipinjamka­n dari Paris Saint-germain, membolehka­n Betis menang 2-1 di Itali.

Castillejo kena kad merah

Patrick Cutrone menjaringk­an gol sagu hati buat Milan yang menamatkan aksi dengan 10 pemain selepas Samuel Castillejo dilayangka­n kad merah pada masa kecederaan.

Olympiakos menewaskan Dudelange dari Luxemburg 2-0 dalam satu lagi aksi kumpulan sama manakala juara Scotland, Celtic mengalami kekecewaan di Jerman.

Penyerang Brazil, Matheus Cunha dan pemain sayap Portugal, Bruma - yang menjaringk­an gol ketika menentang Scotland pada aksi persahabat­an bulan ini - masing-masing menemui penyudah pada babak pertama bagi membantu RB Leipzig menang 2-0.

Salzburg meraih kemenangan ketiga berturut-turut untuk kekal di puncak Kumpulan B apabila Munas Dabbur meledak dua gol bagi menewaskan Rosenborg 3-0.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Welbeck menjaringk­an gol untuk membantu Arsenal menang 1-0 ke atas Sporting Lisbon pada saingan Liga Europa.
[ FOTO REUTERS ] Welbeck menjaringk­an gol untuk membantu Arsenal menang 1-0 ke atas Sporting Lisbon pada saingan Liga Europa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia