Berita Harian

City, Reds, Blues semakin sukar dibendung

-

City dan Liverpoool kem- bali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini dengan motivasi tinggi selepas mencatat satu lagi kemenangan memberangs­angkan di Liga Juara-juara pada pertengaha­n minggu.

Sebaliknya pula buat Manchester United yang dikejutkan Juventus, 0-1 di Old Trafford. Begitu juga, Tottenham Hotspur yang terus gagal catat kemenangan selepas tiga aksi.

Pencabar liga, Chelsea dan Arsenal turut ceria apabila terus merakam kemenangan pada saingan kedua Eropah iaiti Liga Europa.

Dengan pencapaian berbeza dialami enam gergasi EPL ini di pentas Eropah, penulis percaya saingan minggu ini pastinya akan lebih sengit selain kemungkina­n ada pesta gol.

Minggu ini, aksi tumpuan pastinya membabitka­n pertembung­an pendahulul liga, City dan Spurs di Stadium Wembleyjam­4pagiselas­ainiwaktu Malaysia.

Sebelum pertemuan ini, skuad Pep Guardiola di persada liga dengan himpunan 23 mata menerusi sembilan aksi manakala Spurs di tempat kelima, dengan hanya ketinggala­n dua mata.

United perlu menang

Dalam pertembung­an terakhir kedua-dua pasukan di Wembley pada 14 April lalu, City membenam Spurs 3-1. Itu adalah kekalahan kedua anak buah Mauricio Pochettino daripada 21 aksi di gelanggang sementara mereka itu.

Kalau kita lihat dari segi rekod pertembung­an antara Guardiola dan Pochettino, jelas menyebelah­i pengendali City apabila hanya tewas dua kali daripada 13 aksi.

Bagi aksi Selasa ini, andai City menang, ia ketiga berturut-turut buat Guardiola. Dengan reputasi cemer- lang dipamer kedua-dua pasukan ketika dalam liga domestik, penulis percaya aksi mereka bakal berakhir dengan seri.

Sementara itu, Liverpool yang membelasah Red Star Belgrade, 4-0 dalam saingan Liga Juara-juara di Anfield pertengaha­n minggu, dijangka mampu berpesta gol apabila menyambut kunjungan Cardiff City jam 10 malam ini.

Jurgen Klopp seharusnya tidak resah lagi apabila ayam tambatanny­a, Mohamed Salah sudah mendapat kembali sentuhanny­a apabila menjaringk­an dua gol pada aksi berkenaan.

The Reds akan berada dipuncak liga jika menang malam ini.

Dalam pada itu, peluang Chelsea untuk terus menekan City dan Liverpool di persada turut cerah apabila bertandang ke Burnley malam esok.

Skuad Maurizio Sarri yang menewaskan BATE pada Liga Europa mampu mencatat rekod tak pernah tewas 10 aksi jika menang. Cuma kerisauan Sarri apabila penyerangn­ya, Eden Hazard dibelenggu kecederaan.

Pasukan bergelora, United harus memenangi aksi bertemu Everton malam esok selepas diikat Chelsea 2-2 minggu lalu untuk terus merapati City dipuncak liga. Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia