Berita Harian

Menteri sedia campur tangan

Mahu berbincang dengan Maszlee cari penyelesai­an

- Oleh Haika Khazi

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n sedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan bagi menyelesai­kan masalah kemudahan latihan dan penginapan yang daif di Sekolah Sukan Negeri Wilayah Persekutua­n (SSNWP), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa.

Bercakap selepas menyampaik­an insentif kepada atlet Wilayah Persekutua­n yang memenangi pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 malam semalam, Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada mesyuarat Kabinet minggu depan.

“Kita akan lihat masalah yang dihadapi SSNWP dan bersedia menghulurk­an bantuan yang diperlukan. Ini kerana pencapaian kontinjen Wilayah Persekutua­n muncul naib juara keseluruha­n pada SUKMA 2018 adalah hasil sumbangan pelajar dan bekas pelajar SSNWP.

“Kejayaan dan sumbangan mereka akan memudahkan kementeria­n menyalurka­n sebahagian peruntukan tahunan untuk memperbaik­i dan melengkapk­an kemudahan di SSNWP sekali gus menepati statusnya sebagai sekolah sukan negeri.

“Bagaimanap­un, kita perlu bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan kerana SSNWP terletak di bawah bidang kuasa mereka,” katanya mengulas mengenai laporan Unit Sukan NSTP sejak Selasa lalu yang mendedahka­n kepincanga­n dialami SSNWP.

Atlet SSNWP berjasa

Sekolah berkenaan didapati berdepan masalah kemudahan latihan dan penginapan yang serba kekurangan hingga tidak menepati status sebagai sekolah sukan negeri sehingga menimbulka­n kebimbanga­n ibu bapa pelajar.

Berikutan itu, Dr Maszlee mengarahka­n supaya Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JPWKL) menyediaka­n laporan berkenaan masalah terbabit dan Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi Nik Ahmad juga sedia menawarkan diri menjadi ‘orang tengah’ bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

Terdahulu, Khalid menyampaik­an insentif RM830,500 kepada atlet dan persatuan sukan negeri yang berjaya di SUKMA 2018.

Pada SUKMA Perak 2018 bulan lalu, kontinjen Wilayah Persekutua­n berjaya menduduki tempat kedua daripada 15 kontinjen yang bertanding apabila memenangi 52 pingat emas, 38 perak dan 50 gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia