Berita Harian

Dua wakil kita kandas

-

Kuala Lumpur: Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Perancis berakhir selepas dua wakil negara tumbang di tangan lawan masingmasi­ng pada pusingan kedua, awal pagi semalam.

Beregu campuran, Goh Soon Huatshevon Lai Jemie gagal mencetuska­n kebangkita­n apabila tewas kepada pasangan England, Marcus Ellislaure­n Smith 1921, 2422, 1921 dalam aksi yang berlarutan selama satu jam 21 minit.

Kekalahan menyaksika­n pasangan ranking ke12 dunia itu gagal sekurangku­rangnya mengulangi pencapaian mereka pada Terbuka Denmark minggu lalu apabila mara ke suku akhir.

Sementara itu, beregu muda lelaki negara, Aaron Chiasoh Wooi Yik gagal dalam misi untuk mencapai sasaran layak ke suku akhir dalam penampilan pertama di Paris apabila tewas kepada pasangan China, Han ChengkaiZh­ou Haodong 1921, 1621.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia