Berita Harian

Hafizh makin laju

- Oleh Fadhli Ishak

Kuala Lumpur: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta permulaan positif pada Grand Prix Australia apabila melakukan kepantasan lebih setengah saat berbanding pencabar utama muka baharu, Franco Morbidelli di Litar Phillip Island.

Penunggang Monster Yamaha Tech3 itu mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 30.956 saat untuk kedudukan 12 terbaik sesi latihan bebas 1 (FP1) sebelum meningkat kepada 1:30.179s pada sesi kedua. Keduadua sesi berlangsun­g dalam keadaan kering.

Penunggang Itali, Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) yang mendahului kedudukan muka baharu dengan kelebihan empat mata berbanding Hafizh di tangga kedua mencatat 1:31.670s (ke18) dan 1:30.787s (ke17) masingmasi­ng dalam FP1 dan FP2.

Penunggang Sepanyol, Maverick Vinales (Movistar Yamaha) mendahului sesi dengan 1:29.952s manakala pelumba Itali, Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) terpantas FP2 dengan 1:29.131s.

Hafizh mengakui dia terkejut dengan persembaha­n awalnya tetapi agak kecewa apabila terlepas kelayakan (Q2) hari ini yang boleh menjamin tempatnya bagi kedudukan 10 terbaik petak permulaan.

Penunggang berasal dari Ampang itu hanya terlepas 0.046s untuk slot Q2.

Litar kegemaran

“Saya rasa sangat bagus, secara jujur saya tidak menjangkak­an untuk menjadi begitu pantas sejak permulaan di Phillip Island kerana trek ini bukanlah satu daripada litar kegemaran saya sejak dulu,” kata Hafizh.

“Dengan jentera Motogp, ia berbeza (berbanding Moto2) dan saya rasa yakin dengan jentera ini di litar.

“Saya sangat hampir dengan Q2 dan saya akui saya agak kecewa dengan diri sendiri kerana tampak saya masih ada sesuatu (yang boleh dilakukan) untuk sedikit lagi memecut.

“Tapi secara keseluruha­n, ia ok. Kami akan lupakan perkara ini. Saya harap akan ada cuaca yang bagus sekali lagi esok dan kami akan cuba bertarung sekali lagi.

“Jentera ini sangat bagus ketika ini, tapi esok kami pasti memberi tumpuan terhadap kepantasan perlumbaan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia