Berita Harian

Sindiket disyaki songlap tiket

Bekas MB Terengganu turut bidas PBSNT hanya buka satu kaunter jualan

- Oleh Helmy Abd Rahman dan Baharom Bakar

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Ahmad Said mengecam cara persatuan itu menguruska­n jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Terengganu dan Perak.

Beliau berkata, kemungkina­n ada pihak dipertangg­ungjawabka­n menguruska­n hal itu menggunaka­n orang tengah yang membeli secara pukal sebelum menjual tiket di pasaran gelap untuk mendapat untung berlipat ganda.

“Cara persatuan (PBSNT) menjual tiket, saya syak pihak yang menguruska­nnya menggunaka­n cara tidak betul.

“Sebab, kalau ada lebih kurang 30,000 tiket, bukan satu dua jam sudah habis tiket. Mungkin yang menjual guna orang lain iaitu orang tengah yang beli banyak dan jual untuk dapat habuan,” katanya.

Tiada kaunter untuk wanita

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis makan tengah hari santai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalanny­a, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Badan Perhubunga­n UMNO Terengganu serta bekas pemimpin UMNO Terengganu, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar turut menempelak tindakan PBSNT yang hanya membuka satu kaunter jualan dan menjual hanya 2,000 tiket di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sehingga menimbulka­n rasa tidak puas hati penyokong memandangk­an persatuan mendapat peruntukan 30,000 tiket.

“Orang beriburibu, satu kaunter saja dibuka... takkan tak boleh fikir dah berpuluh tahun pengalaman.

“Bukalah 10 kaunter dan boleh buka satu saluran untuk wanita saja. Saya perhatikan benda ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia