Berita Harian

Pasaran gelap cetus kemarahan

- Oleh Zaid Salim, Mohd Hafizee Mohd Arop dan Azizan Hashim

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menjalanka­n siasatan terperinci berhubung penjualan tiket menerusi aplikasi Whatsapp dan Facebook.

Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddi­n Abdul Karim, berkata pihaknya akan menjalanka­n siasatan menyeluruh termasuk mengesan individu tidak bertanggun­gjawab melakukan penjualan di pasaran gelap.

“Kita tidak tahu daripada sumber mana mereka memperoleh tiket berkenaan dan dijual dengan harga RM70 sekeping.

“Bagaimanap­un, kita tidak menolak kemungkina­n ada individu tidak amanah dalam penjualan tiket yang sepatutnya dilakukan secara telus,” katanya ketika dihubungi NSTP ,di sini, semalam.

Susulan itu, pihaknya menyaranka­n penyokong atau individu tidak berpuas hati atau curiga dengan kaedah penjualan tiket supaya membuat laporan polis bagi membolehka­n siasatan dilakukan pihak berkuasa.

Sementara itu di

Ipoh,

Kemara han penyokong Perak yang gagal membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Perak dan beberapa daerah lain memuncak berikutan penularan gambar pakej rombongan sekumpulan individu di Facebook yang turut menawarkan tiket berkenaan.

Selain tiket, pakej berharga RM120 seorang ditawarkan membabitka­n tambang bas dan baju T eksklusif final Piala Malaysia dengan penyokong membeli tiket perlu berkumpul di Arena Rakyat Tualang Sekah dan Masjid Annur Kampar di Kampar jam 2 petang untuk ke Stadium Shah Alam.

PAFA mohon maaf

Menerusi poster pakej rombongan itu, penganjur memaklumka­n tidak menjual tiket saja, sebaliknya perlu membeli secara pakej dan turut memaparkan gambar seorang lelaki memegang tiket yang banyak.

Persoalan yang timbul kini, bagaimana kumpulan berkenaan mendapatka­n jumlah tiket yang banyak sedangkan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) pada mulanya hanya menjual 10 tiket bagi setiap pembeli dan kemudian diturunkan lagi kepada lima berikutan hanya berbaki sedikit.

Difahamkan pakej berkenaan masih dibuka kepada penyokong dan perkara itu menimbulka­n tanda tanya kepada mereka berkaitan pengagihan tiket dilakukan PAFA.

Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim menjelaska­n, pihaknya menyedari kewujudan pakej berkenaan dan mengakui PAFA ada meluluskan penjualan tiket secara pukal kepada beberapa kelab penyokong yang berdaftar sebelum ini terutama kelab penyokong dari Lembah Klang untuk diagihkan di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, namun beliau tidak pasti sama ada kelab yang mendapat kemudahan itu menyediaka­n pakej seperti yang tular itu.

“Berkenaan dengan penjualan tiket itu, memang kami pun tidak boleh kawal, cuma ada satu gambar viral kakitangan kerajaan pakai kemeja, dia adalah wakil jualan kita (PAFA) di Gerik.

“Dia ambil gambar (bersama tiket yang banyak) tak tahu apa tujuannya, dia sebenarnya adalah wakil penjual dan bukannya pembeli, saya minta maaf kepada penyokong yang tidak dapat beli tiket,” katanya.

 ??  ?? Penyokong Terengganu FC beratur bagi mendapatka­n tiket bola sepak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
Penyokong Terengganu FC beratur bagi mendapatka­n tiket bola sepak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia