Berita Harian

Bank Rakyat hargai kesetiaan penduduk Sabah

-

Kota Kinabalu: Bank Rakyat menyusun pelbagai program untuk rakyat negeri ini sebagai tanda penghargaa­n terhadap kesetiaan mereka kepada institusi perbankan itu pada tahun ini.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, berkata program yang diadakan bermula minggu ini turut disasar untuk mendekatka­n lagi Bank Rakyat dengan masyarakat setempat.

Katanya, antara program yang dijalankan ialah Bank Rakyat Edu Fair 2018 Sabah yang berlangsun­g pada 25 Oktober lalu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) membabitka­n ramai mahasiswa.

“Selain memberi pendedahan berkaitan persediaan kewangan, penampilan, penataan diri dan peluang kerjaya, program ini juga mempromosi kempen Edusmart yang disediakan khusus untuk mahasiswa.

“Ini termasuk produk seperti Pembiayaan Kenderaan-i, Skim Graduan Pembiayaan Pendidikan­i, Kad Debit-i, Takaful Amani Didik dan Kelab Nuri,” katanya pada program mesra bersama media Sabah di sini, semalam.

Tarik 800 peserta

Katanya, Bank Rakyat turut meraikan rakan media di Sabah menerusi Pertanding­an Futsal Kelab Media Sabah Bersama Bank Rakyat yang berlangsun­g di Arena Futsal Kumpulan Yayasan Sabah, hari ini.

Selain itu katanya, Kelab Nuri Bank Rakyat yang bergerak aktif menerusi program Nuri A Day at The Library turut menganjurk­an program berkenaan di Perpustaka­an UMS esok bagi menghargai ahli Kelab Nuri di Sabah yang sehingga kini mewakili 16 peratus keahlian seluruh negara.

Nizam berkata sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR), Bank Rakyat turut menganjurk­an Autismlymp­ic Run Labuan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) pada 8 Disember depan.

“Ia dijangka disertai seramai 800 peserta yang terdiri daripada orang ramai, mahasiswa, kanakkanak autistik dan ahli Kelab Nuri,” katanya.

Sementara itu, Bank Rakyat turut giat mempromosi kempen depositnya menerusi Kempen Tujuh Bulan dan 11 Bulan Akaun Deposit-i Berjangka yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

Katanya, kempen itu menawarkan kadar keuntungan sebanyak 4.5 peratus setahun bagi tempoh 11 bulan atau 4.3 peratus setahun untuk tempoh tujuh bulan.

“Kempen Akaun Deposit-i Berjangka pula untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menawarkan PKS meletakkan deposit bagi tempoh 13 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 4.3 peratus setahun atau tiga bulan dengan kadar keuntungan empat peratus setahun.

“Kedua-dua kempen ini memberikan kadar keuntungan lebih tinggi berbanding kadar keuntungan sedia ada dan hanya terbuka bagi dana deposit baharu sahaja,” katanya.

Nizam berkata, bagi Pembiayaan Peribadi-i pula, Bank Rakyat kini menawarkan kadar keuntungan serendah 3.19 peratus untuk Pembiayaan Peribadi-i Awam.

Kedua-dua kempen ini memberikan kadar keuntungan lebih tinggi” Nizam Sani Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia