Berita Harian

4,103 graduan UNIMAS terima ijazah

Tujuh pelajar OKU turut dapat penganuger­ahan

- Oleh Melvin Joni

Seramai tujuh graduan orang kelainan upaya (OKU) bakal menerima ijazah masing-masing pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-22, pada 29 hingga 31 Oktober ini.

Mereka adalah antara 4,103 graduan yang akan menerima ijazah dalam peringkat pengajian Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkata kejayaan pelajar OKU itu, termasuk seorang daripadany­a berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana amat membanggak­an UNIMAS.

Bukan penghalang

“Kegigihan dan kesukaran yang dihadapi sepanjang pengajian tidak menjadi penghalang buat mereka untuk berjaya seperti mahasiswa lain,” katanya pada sidang media Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di Kompleks Mahkamah Lama di sini, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Profesor Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman; Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim dan Pendaftar UNIMAS, Henry Tening Sengeng.

Kadim berkata, istiadat kali ini juga membabitka­n 83 pelajar antarabang­sa dari Afghanista­n, Bangladesh, Brunei, China, Indonesia, Korea Selatan, Kyrgyzstan, Pakistan, Arab Saudi, Tajikistan, Turkey, Ghana, India, Iraq, Libya, Nigeria, Amerika Syarikat dan Vietnam.

“Secara keseluruha­nnya, seramai 407 adalah penerima Doktor Falsafah (PHD) dan Sarjana, manakala selebihnya 3,696 adalah graduan Sarjana Muda.

“Sidang pertama konvo kesyen akan disempurna­kan oleh Yang di-pertua Negeri selaku Canselor Unimas, Tun Abdul Taib Mahmud,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg akan dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembanguna­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia