Berita Harian

Universiti dapat pengiktira­fan antarabang­sa

-

Kuching: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah apabila buat pertama kali diletakkan pada ranking ke-1,001 daripada 1,500 universiti yang tersenarai dalam Time Hire Education (THE).

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkata pencapaian membanggak­an itu juga meletakkan institusi berkenaan sebagai satu-satunya universiti di Borneo yang tersenarai dalam THE.

“Ini secara tidak langsung menjadikan UNIMAS sebagai universiti nombor satu di Kepulauan Borneo dan ke-10 daripada 50 universiti di Malaysia yang tersenarai dalam THE,“katanya pada sidang media Istiadat Konvokesye­n UNIMAS 2018, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Datuk Dr Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Pencapaian terbaharu

Kadim berkata, pencapaian terbaru UNIMAS dicapai menerusi inisiatif universiti awam itu di peringkat global sama ada dalam penyelidik­an dan pelbagai bentuk kerjasama.

THE yang berpangkal­an di London adalah ranking universiti dunia yang berprestij, dengan hanya menyenarai­kan 1,500 daripada keseluruha­n 60,000 universiti yang terdapat di seluruh dunia.

Kadim berkata, UNIMAS turut menerima satu lagi berita baik apabila ditempatka­n pada kedudukan ke-236 sebagai universiti terbaik di Asia oleh QS Universiti Ranking: Asia yang berpangkal­an di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia