Berita Harian

11 rumah panjang dapat bekalan elektrik

-

Tanjung Manis: Penduduk 11 rumah panjang di Sebayang dan Tusok, di sini, gembira apabila menikmati bekalan elektrik disediakan Kementeria­n Utiliti Sarawak menerusi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Selain Rumah Mengkang Rangkong, turut menikmati kemudahan itu ialah Rumah Saung Abang, Rumah Entiu Yuoh, Rumah Balang Barang, Rumah Panting Untok, Rumah Baki Bujok dan Rumah Ukat Chileng.

Tidak ketinggala­n, Rumah Johny Kubau, Rumah Bangga Mujah, Rumah Francis Bujang Jelani dan Rumah Unjil Rawu, yang keseluruha­nnya membabitka­n 175 pintu dan seramai 907 penduduk.

Penduduk, David Li, 44, berkata beliau amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyelesai­kan masalah dialami mereka sejak sekian lama.

Katanya, kemudahan itu memudahkan kehidupan harian penduduk yang sebelum ini terpaksa menanggung kos tinggi.

“Secara purata, RM200 hingga RM300 dibelanjak­an sebulan untuk membeli petrol bagi menghidupk­an generator. Ada ketikanya apabila perlu berjimat, kami terpaksa mengehadka­n penggunaan­nya hingga jam 12 tengah malam,” katanya.

Penduduk terharu

Sementara itu, rakannya, Lajang Francis, 33, berkata, penduduk terharu dengan keprihatin­an kerajaan negeri, yang komited menyediaka­n kemudahan elektrik untuk mereka.

Katanya, perkembang­an itu bakal membuka lembaran baharu dalam kehidupan harian penduduk setempat, malah menganggap­nya sebagai hadiah paling berharga.

Sementara itu, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata BELB itu melambangk­an komitmen tinggi kerajaan negeri untuk membangunk­an kemudahan asas di kawasan pedalaman.

“Selain kemudahan elektrik, saya juga pernah berjanji untuk menyediaka­n jalan raya. Akhirnya semua janji ini sudah ditunaikan. Usaha akan diteruskan bagi melengkapk­an pembanguna­n di kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? Len Talif menekan suiz sebagai simbolik perasmian projek Penjanaan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Rumah Panting Sebayang, Tanjung Manis.
Len Talif menekan suiz sebagai simbolik perasmian projek Penjanaan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Rumah Panting Sebayang, Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia