Berita Harian

Ahli KPBS jelajah pedalaman

-

Sarikei: Demi berbakti kepada masyarakat, mereka sanggup berpanas dan berhujan mengembara ke segenap pelosok negeri, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Ia sebahagian daripada usaha ahli Kelab Pakan Bikers Sarawak (KPBS) yang aktif melaksanak­an pelbagai program sosial dan komuniti sejak ditubuhkan empat tahun lalu.

Terbaru, 14 ahli kelab motosikal itu menyertai program gotong-royong membaiki lebih 40 almari bagi kegunaan penghuni asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sugai, Pakan, di sini.

Pengerusi KPBS, Lanie Lupang, berkata program amal itu satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kelab berkenaan, selain berupaya memupuk semangat prihatin dalam kalangan ahli.

“Penyertaan KPBS dalam program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Sugai ini bermatlama­t menyemai semangat sukarelawa­n dalam kalangan ahli kelab,” katanya.

Beliau berkata, kesemua bahan digunakan mereka untuk membaiki almari itu disumbangk­an Golden Green Plantation dan Konsortium Bumi Consultant & Services.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia