Berita Harian

Bahana ejek-mengejek, lelaki parah kena tikam

Mangsa, suspek bermain snuker sebelum kejadian berlaku

- Oleh Junaidi Ladjana

Angkara ejek-mengejek ketika bermain snuker, seorang lelaki parah ditikam oleh kenalannya di hadapan sebuah premis snuker di pekan Donggongon, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 30 tahun parah pada perut akibat ditikam dipercayai dengan menggunaka­n pisau.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim, berkata ketika kejadian mangsa dan suspek bermain snuker dan berlaku ejek-mengejek sehingga kedua-dua mereka bergaduh.

“Sepupu mangsa cuba membantu meleraikan pergaduhan tetapi tidak berani kerana suspek memegang pisau.

“Mangsa cuba merampas pisau itu tetapi gagal dan berlaku pergelutan sebelum suspek melarikan diri manakala mangsa terbaring dengan perutnya berdarah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mangsa stabil

Mohd Haris berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk rawatan dan laporan polis dibuat oleh sepupu mangsa jam 9.10 malam, hari sama.

Berdasarka­n laporan itu, katanya, suspek ditahan setengah jam kemudian oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek. Mangsa yang cedera akibat ditikam dilaporkan stabil,” katanya.

Beliau berkata, suspek warga asing berusia 26 tahun positif dadah jenis syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia