Berita Harian

Nelayan jatuh bot dikhuatiri lemas

-

Bintulu: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika sedang menangkap ikan di lokasi kira-kira 35 batu nautika dari Tanjung Kidurong, di sini, kelmarin.

Pengarah Zon Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu, Kepten Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Hamden Dandan, 41, berasal dari Kampung Hilir, Pusa, dipercayai terjatuh ke laut namun kehilangan­nya hanya disedari oleh kru yang lain ketika mereka menarik pukat.

“Sejurus menerima maklumat berhubung insiden berkenaan kira-kira jam 9.15 malam, sepasukan anggota APMM Zon Maritim Bintulu bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Lokasi pencarian diluaskan

Beliau berkata, sehingga petang ini (semalam), APMM masih giat mencari mangsa di sekitar lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Setakat ini, pencarian masih belum menemui sebarang petunjuk dan lokasi pencarian akan diperluask­an,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta semua pihak yang menjalanka­n kegiatan ekonomi sekitar di kawasan perairan supaya mengutamak­an aspek keselamata­n dengan memakai jaket keselamata­n bagi mengelakka­n kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Pada masa yang sama, komuniti maritim diingatkan supaya lebih berwaspada serta sentiasa mengikuti pengumuman dari Jabatan Meteorolog­i Malaysia mengenai keadaan ombak serta cuaca dari semasa ke semasa, terutama ketika musim tengkujuh.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian kemalangan dan jenayah yang berlaku sekitar perairan Bintulu khususnya, juga boleh menyalurka­nnya menerusi talian 086-314254,” katanya.

 ?? [ FOTO ERIKA GEORGE / BH ] ?? Anggota APMM Zon Maritim Bintulu menjalanka­n usaha mencari dan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot nelayan ketika menangkap ikan 35 batu nautika dari Tanjung Kidurong, Bintulu.
[ FOTO ERIKA GEORGE / BH ] Anggota APMM Zon Maritim Bintulu menjalanka­n usaha mencari dan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot nelayan ketika menangkap ikan 35 batu nautika dari Tanjung Kidurong, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia