Berita Harian

Denda RM25 kerana maki peniaga wanita

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 23 tahun didenda RM25 oleh Mahkamah Majistret, semalam, kerana memaki hamun seorang peniaga wanita di Pasar Besar Menggatal, di sini, Selasa lalu.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Azrul Noorhan yang mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah yang memperuntu­kkan hukuman denda RM25 atau penjara seminggu.

Mengikut pertuduhan, Azrul didakwa memarahi peniaga berusia 51 tahun berkenaan tanpa sebab jam 11.30 pagi, pada 23 Oktober lalu.

Peniaga wanita terbabit yang terkejut dengan tindakan tertuduh kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Menggatal sejurus kejadian.

Tertuduh kemudian ditahan polis dan insiden hanya membabitka­n pertengkar­an mulut tanpa pergaduhan fizikal dengan mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia