Berita Harian

Darjah kebesaran Najib, Rosmah dilucut

Istana Besar Seri Menanti Negeri Sembilan menarik semula Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dikurnia kepada Datuk Seri Najib Razak dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa sert

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaa­n darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa sertamerta.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik, berkata penarikan semula itu membabitka­n Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) yang memberi gelaran Datuk Seri kepada Rosmah.

Jaga kebesaran, kehormatan

Beliau berkata, pembatalan dibuat selepas mesyuarat khas pengurniaa­n darjah kebesaran, bintang dan pingat yang diadakan di istana berkenaan, semalam.

“Pengurniaa­n SPNS kepada Najib pada 2005 ditarik balik sertamerta mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.

“Dalam mesyuarat itu juga memutuskan bahawa pengurniaa­n SPTJ kepada Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik sertamerta,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pengurniaa­n SPTJ itu diberikan kepada Rosmah pada 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 November 2006.

Beliau berkata, keputusan itu bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di negeri ini.

 ??  ??
 ?? [ FOTO IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA ] ?? Najib ketika menerima darjah kebesaran Negeri Sembilan pada 2005.
[ FOTO IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA ] Najib ketika menerima darjah kebesaran Negeri Sembilan pada 2005.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia