Berita Harian

NAJIB MENGAKU TIDAK SAHKAN PUNCA, PEMILIK DERMA RM2.6 BILION

Bekas PM beranggapa­n sumbangan dana dari Arab Saudi

- Oleh Wartawan NSTP

Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadiny­a.

Bekas Perdana Menteri itu hanya mengagak sumbangan itu dari Arab Saudi selepas Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud memberi jaminan akan menyokongn­ya.

“Persoalann­ya ialah apabila saya menerima dana itu, adakah saya tahu dari mana sumber wang itu atau milik saya, yang pasti saya tiada akses untuk mendapatka­n maklumat ini daripada bank.

“Pemilik dana itu dilindungi oleh undang-undang kerahsiaan perbankan.

“Maka, apabila saya menerima dana, secara jujur saya beranggapa­n ia adalah sumbangan ikhlas dan pada saat itu, saya percaya ia daripada Arab Saudi berdasarka­n perbualan dengan Raja Abdullah,” katanya dalam satu wawancara bersama Aljazeera 101 Timur, semalam.

Dedah dokumen

Pada September lalu, Najib mendedahka­n beberapa dokumen membabitka­n perjanjian pembiayaan kewangan daripada Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahka­n bahawa dana RM2.6 bilion dimilikiny­a adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Menerusi akaun Facebookny­a, Najib mendedahka­n tiga dokumen daripada Almarhum Raja Abdullah, satu daripadany­a tertera perkataan Recognitio­n of Contributi­on to the Islamic

World (pengiktira­fan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

Dua lagi dokumen adalah penyata transaksi kewangan yang diterima bertarikh 24 Februari 2011 dan 25 November tahun sama.

Najib turut menggesa pasukan penyiasat supaya menyiasat individu lain yang didakwanya turut terbabit dalam penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Behad (1MDB) dan bukan hanya menyiasat Low Taek Jho atau Jho Low.

“Baiklah.. mereka melakukan kerja mereka, tetapi jangan siasat Jho Low sahaja.

“Dapatkan orang lain juga kerana ada tokoh antarabang­sa lain yang mungkin terbabit. Mereka juga mesti disiasat.

“Kita hendak tahu ke mana wang itu mengalir dan yang mendapat manfaat daripada dana 1MDB. Saya juga ingin tahu,” katanya.

 ?? [FOTO ALJAZEERA] ?? Najib diwawancar­a wartawan Aljazeera 101 Timur, semalam,
[FOTO ALJAZEERA] Najib diwawancar­a wartawan Aljazeera 101 Timur, semalam,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia