Berita Harian

3 lelaki culik sami tipu tilik nasib

-

Kuala Lumpur: Tiga lelaki menculik seorang sami kerana tidak puas ditipu sami berkenaan yang mendakwa boleh mengubah nasib mereka, 15 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata hasil siasatan dilakukan terhadap ketigatiga suspek berusia 31 tahun hingga 40 tahun itu mendapati, mereka mahu menggunaka­n ‘khidmat’ sami warga India berkenaan untuk mengubah nasib.

“Bagaimanap­un, ketigatiga lelaki itu berasa tertipu apabila nasib mereka tidak berubah menyebabka­n mereka menculik mangsa untuk mendapatka­n wang tebusan sebagai ganti rugi.

“Ketigatiga suspek ditahan di Sungai Pelek, Sepang, pada jam 4.40 petang pada 18 Oktober lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 serta Seksyen 365 Kanun Keseksaan, atas kesalahan culik dan mendatangk­an kecederaan parah dengan senjata,” katanya ketika ditemui pada Program High Profile Policing di Pasar Pagi Taman OUG, di sini, semalam.

Siasat kehilangan barang kemas RM2J

Dalam kes berasingan, Rusdi memaklumka­n pihaknya masih menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kehilangan barang kemas yang dipercayai bernilai RM2 juta di Jalan Masjid India, 18 Oktober lalu.

“Kami masih melakukan siasatan menyeluruh, termasuk mengambil kira aspek lain yang mencurigak­an dalam kes ini, yang kini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya memaklumka­n barang kemas itu masih belum ditemui sehingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia