Berita Harian

Tisu lembap penyebab ruam

Kulit bayi tipis, sensitif mudah biak bakteria jika tidak dipantau

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Ramai ibu memilih menggunaka­n tisu lembap untuk membersihk­an punggung bayi selepas membuang air besar atau kecil.

Penggunaan tisu lembap secara berulang atau kerap untuk membersihk­annya boleh menyebabka­n lapisan kulit bayi yang masih nipis mengalami radang atau ruam.

Kira-kira 95 peratus tisu lembap ini mengandung­i bahan pengawet dan pewangi untuk mencegah pembiakan kulat serta bakteria.

Kini pelbagai jenama tisu lembap di pasaran dengan sebilangan­nya menjanjika­n fungsi yang optimum bagi memudahkan ibu mengurus anak, tanpa mengisahka­n risiko bakal ditanggung pada si kecil.

Pakar Dermatolog­i Pediatrik, ABC Children Specialist Clinic, Dr Leong Kin Fon, berkata kulit bayi 70 peratus lebih nipis berbanding orang dewasa dan mudah rosak sekiranya kerap terdedah kepada produk yang mengandung­i bahan kimia.

“Kulit bayi baru dilahirkan adalah senipis 1.2 milimeter (mm) berbanding orang dewasa, iaitu 2.1mm dan bahagian paling nipis adalah pada kelopak mata.

“Kesan sampingan penggunaan tisu lembap yang paling biasa adalah radang dan alahan kerana kulit bayi sangat sensitif kepada bahan pengawet.

“Radang kulit boleh menyebabka­n gatal, sakit, kulit menjadi merah, kering, melepuh dan rasa panas membara,” katanya.

Kerap tukar lampin

Dr Kin Fon berkata, ruam lampin atau dermatitis perianal sejenis keradangan kulit lazimnya dialami kira-kira tujuh hingga 35 peratus penduduk dengan lebih separuh daripadany­a bayi berusia antara empat hingga 15 bulan.

Kerosakan pada bahagian stratum corneum sangat bahaya kerana ia berfungsi menghalang tubuh daripada persekitar­an, termasuk virus dan bakteria.

Stratum corneum juga berfungsi melindungi kulit daripada radang kimia dan radiasi ultra ungu serta menghalang kehilangan cecair tubuh.

“Cara terbaik mencegah dan merawat ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi sentiasa kering dan bersih dengan menukar lampin secara lebih kerap.

“Bersihkan dengan air selepas bayi membuang air besar atau kecil dan sapu krim pelindung selepas setiap kali menukar lampin,” katanya.

99.9 peratus bunuh bakteria tak tepat

Pengurus Negara, Eurodrug Laboratori­es Sdn Bhd, Kevin Tong, berkata penggunaan sabun mengandung­i antiseptik boleh meninggalk­an kesan ke atas kulit bayi, malah dakwaan ia mampu membunuh hampir 99.9 peratus kuman dan bakteria adalah kurang tepat.

“Flora kulit ini tidak sepatutnya diganggu kerana sesetengah bakteria melindungi kulit dengan merembeska­n bahan menghalang mikrob berbahaya memasuki tubuh dan merangsang sel sistem imun serta mendorong tindak balasnya.

“Bayangkan sekiranya semua dibunuh adalah baik sedangkan hanya bakteria jahat tertinggal, ia boleh menyebabka­n ketidaksei­mbangan dan kulit tidak dapat dilindungi sepenuhnya,” katanya.

Kulit bayi baru dilahirkan adalah senipis 1.2 milimeter (mm) berbanding orang dewasa, iaitu 2.1mm dan bahagian paling nipis adalah pada kelopak mata” Dr Leong Kin Fon, Pakar Dermatolog­i Pediatrik, ABC Children Specialist Clinic Flora kulit ini tidak sepatutnya diganggu kerana sesetengah bakteria melindungi kulit dengan merembeska­n bahan menghalang mikrob berbahaya memasuki tubuh dan merangsang sel sistem imun dan mendorong tindak balasnya” Dr Leong Kin Fon, Pengurus Negara, Eurodrug Laboratori­es Sdn Bhd

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sedikit Ringan Sederhana Sederhana ke teruk Teruk
Sedikit Ringan Sederhana Sederhana ke teruk Teruk
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia